Sunday, February 16, 2014

Toilet

Assalamualaikum.

       Mungkin engko tak tahu apa perasaannya bila org cut line engko. Tak kira la kat cafe ke, kat atm machine ke, kat washing machine ke, hatta kat toilet sekalipun lah. Jadi, mari sini gua nak kongsi perasaan dengan jalan penyelesaiannya sekali.

       Dikhaborkan malam nanti akan ada gangguan bekalan air. Maka, petang ni berpusu-pusu lah ladies sekalian nak mandi, nak membasuh baju, nak cuci muka, nak selesaikan hajat, etc etc. Gua pun tak terkecuali daripada tergolong dalam golongan ladies yang berpusu-pusu tersebut. Jadi, tadinya gua tengah cuci muka. Sambil tengah tunggu turn nak masuk mandi. Dah elok gua berdiri depan shower tu, tetiba ada seorang makhluk hawa ni pegi letak toiletries dia depan gua. Lepastu dia blah pegi basuh baju. Aisemen. Memang cantik manis la cik rogayah oii. Yang gua dah terpacak kat situ engko tak nampak ke?!

     Sekejap lepas tu, member gua yang tengah mandi tu keluar. At the same time, makhluk hawa tu datang ke shower. Eheh. Show time! Gua slumber jelah langkah toiletries dia dan terus masuk mandi. Memang gua gelak puaka sorang-sorang lah kat dalam shower tu. Indahnya payback wa cakap lu (Ye. Benda tak baik tu memang indah sangat kan Hani). Kehkehkeh.

       Gua keluar je lepas, elok je beliau hadiahkan jelingan tajam jurus tujuh puluh tiga. Dey lady, elok sikit. Lu tepuk dahi tanya diri sendiri dulu apa salah lu, baru jeling gua. Dan klimaksnye bila beliau masuk shower sambil hentak kaki kuat-kuat! Serius feminin. Kahkahkah. Gua memang suka tengok perempuan hentak-hentak kaki bila marah. Gua yang cepat terpikat.

       Hahahahahahahahahahahaha. Ok gurau je. Salam maghrib dari bumi Terengganu Darul Iman.

Saturday, February 15, 2014

Oja's.

Assalamualaikum.

       Onyonyonyo. Berdosa pulak rasa. Sebab harini baru tahu semalam birthday Oja. Crush kite tu. Penghibur hati nan lara. Amboi engko Hani, sesama manusia tahu berdosa, dengan tuhan belum terasa ke?! Pheww.

       Rasa tu rasa, cuma. . . Yeah. Tipikal melayu yang bila sedar diri sendiri salah, terus tersedia seribu tujuh ratus tiga puluh tujuh alasan untuk back up secara automatiknya.
       Tapi Oja, serius aku minta maaf. Birthday aku celebrate kemain lagi, birthday engko aku tak alert pulak. Mianeiy. But, since engko dah cecah abad ke 20 ni, im wishing u a happy belated birthday, girl. May Allah bless u always. And i pray that u will be blessed with amazing friends. Aku suka kenal engko. Aku suka kawan dengan engko. Dan aku tak sweet, maka setakat itu je aku boleh karangkan untuk engko. Hihi. Muahhh setepek :*

Thursday, February 13, 2014

Kahwin

 Yo! *brofist*

      Satu semester menyepi, dan gua buat comeback dengan topik ala ala gadis sunti baru dipinang. Kahkahkah. Okay tak lawak. Gua rasa nak kongsi pasal kahwin malam ni. Yelah. Gua dah masuk umur dua puluh kan (sembilan belas tahun dua bulan), blogging pun kena keluar gaya gadis dua puluhan sikit. Iye dokk?


       Tengah khusyuk scroll ig satni, gua ada jumpa satu gambar yang memang buat gua senyum sendiri. Comel. Pasangan pengantin yang sangat bersederhana.

       Lalu gua pun teringat ke seorang hamba Allah ni. Katanya, kalau dia kahwin nanti dia taknak buat majlis bersanding bagai tu. Sebab tu budaya agama Hindu yang menjadi adat orang Melayu. Har har har. Melayu dan adat. Gua pun tak faham sebenarnya, kenapa orang Melayu ni mementingkan adat sangat sangat sangat. Tu belum lagi campur kepercayaan tahyul, karut marut, dan semua yang macam itu lah.

       Tokma gua pun tak terkecuali. Nasib baik Mama tu urban sikit, dan Tokwan pulak hipster sikit. Heh! Kalau semua ikut je Tokma, fehh. Pilu! Confirm gua sekali turut dipaksa menjebakkan diri. Ikutkan tokma, bersanding, berinai, mandi hape tah nak naik seri tu haa semua kena buat. Kalau ikut dia lah.

       Bila tanya ke Ma, rilek je Ma cakap. "Hangpa yang nak kawin, buat ikut citarasa hangpa lah. Mama tak kisah.". Pehh mama gua. One in a million bak kata Ne-Yo. Bila gua tanya Tokwan pulak, beliau jawab "Hai kakngah, baru nak masuk semester dua dah ada orang risik ka?". Gulp. Dan gua terus mematikan harapan dan impian nak dengar jawapan dari Tokwan.

       Kembali ke hamba Allah tadi, gua tanya beliau takkan taknak bersanding kan? Kahwin ni sekali seumur hidup (unless you nak kahwin lagi nanti itu tou punya suka lah). Dan jawabnya, dia taknak tayang isterinya macamtu je. Yelah. Dah jadik isteri dia, buatpa orang lain nak tengok (Haha. Lebih kurang macamtu la maknanya dah nak buat macamana gua ni memang failed nak hafal seketul seketul patah perkataan dia). Dan bila gua fikir balik, logik tu brader. Nampak la you sayang wife you nanti.

       Gua setuju dengan penolakan untuk majlis bersanding tu. Tapi kalau dengar alasan gua memang kontra habisan lah dengan beliau tu. Sebab spesis macam gua ni, gua tak suka crowded tahu. Memang rimas. Tambah pulak bila engko nak kena duduk kat tempat yang memang akan menjadi tumpuan mata para tetamu, mata lensa dan tidak terkecuali juga mata mata keranjang. Pehh! Rasa macam tudung hang senget lah, baju hang kena air sirap lah, eyeliner hang dah comot lah, semua lah.

       Kalau gua tak terikat dengan orang tua tua ni, nak je gua tukar pakai long sleeve dengan track dengan sneakers lepas selesai upacara pembatalan air sembahyang. Tetamu datang makan terus balik. Gua pulak boleh ajak encik pengantin lelaki duduk belakang rumah basuh kawah sama-sama dengan gua. Kan bermakna tu. Har har har (again).

       Angan angan ni memang indah, dan kebarangkalian untuk terlaksana tu amat lah rendah. Memang kena kejar parang la kalau gua buat perangai macamtu. Tokma bakar habis sneakers gua kang. Haih! Ngeri.