Monday, November 04, 2013

Hashtag Keep Calm

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم 


By you ...
29 Oct - Untung la..hm..
1 Nov -  Bagus la dah ada peganti . . .hm
2 Nov -  Tak seperti apa yang dia pernah kata dulu . . . hm
2 Nov - mungkin org tu lbih baik dri aku..hm..k..
3 Nov -  Sangat mengecewakan kenyataan nya yang dulu..hm.,
3 Nov -  Melihat dia bahagia 1 keinginan ku..Alhamdulillah..wlaupn bkan dgn ku..
3 Nov -   "Jika saya tidak berpeluang untuk membahagiakan dia,Saya hanya berharap satu perkara.Semoga dia dapat memaafkan segala kesalahan saya"
3 Nov -  terus private semuanya..hm..k 
3 Nov -  "Kita memang suka dia , kita sentiasa stalk dia dalam diam , tapi bila tahu dia dah ada orang lain. kita hanya pendam. Terima kasih"


Okay... Sekarang kita tengok cik Hani punya reply pulak ye.
- ye stalk kite teruk2 pastu tweet gaya ntahapahapantah amatlah mengundang rasa menyampah yang teramat. sekian
-  cc YOU RT @9GAG Sometimes you just have to accept the fact that some people only enter your life as a temporary happiness. #quote
- retweeted : "if u make her feel bad, u will regret. ever after. my oath."
-  cc YOU RT @AmirahJailani: People come and people go. U have to accept the fact.
-  tawu tak definisi move on tu cemana? lek ah bro. mamat femes kot mesti senang handle benda kecik cemni ~
-  cc YOU jugak lagi :) RT @AmirahJailani: Handle your heart with care. Dont let it be carried away with pointless and useless things.
- tayah mention takpe. nanti by hook or by crook, dia akan boleh baca jugak. haa
- pehh. sama2. kita dh ada org lain ye... sejak bila jugak kita ada awk ni...
- cc YOU RT @haniqhanisya: Mengejar seseorang yang tak mungkin kita dapat umpama mengejar pelangi, lagi kita kejar lagi makin jauh ia pergi.
- cemni. . . bila taktau cerita, pastu takmo tanya, pastu assume sendiri2, yaa anda memang mintak tapak kaki. #truestory

Now the devil in Hani is talking...

       Cemni awk . Org pun dah taktau nak bagitau cemana kat awk . Bila org declare awk dengan org ni? Tak pernah kan . Maka, dah kenapa nak kecewa teruk-teruk ni? Kita kawan kan . Dah setuju pun nak let go hal ni . Dah tu kenapa je nak ungkit balik . Awk . Dah tawu nak sakit hati, tak payah la stalk . Ni bukan arahan or amaran, ni permintaan . Dan fyi, org takda pernah terima sapa-sapa lagi pun . Tak payah nak buat teruk la . Kalau pun org nak terima,  hal ni takda kaitan dengan awk . Sebab, kita dah setuju untuk jadi kawan . Ingat balik . Kita dah bincang kot hal ni dulu . Sakit hati lah . Sebab gaya tweet tu, haiss . Org takda curang kat sapa-sapa kot . Supposed to org tak perlu nak rasa bersalah kat sapa-sapa dah kan sebab dah bagitau dari awal lagi, jangan berharap . Tapi hmm, macam ni ah . Macam sekarang . Awk tweet yang memang dituju tepat kat org, pastu bila org tanya, cakap takda pape . C'mon laa . Bila nak settle cemni . Sampai bila-bila pun awk tak bole nak move on . Walk your talk la saudara . Cakap bahagia tengok org yang awk sayang bahagia kan . Sekarang, awk decide jela . Either nak jadik kawan lagi, or nak macamni je terus forever . Suka hati . Org bahagia jugak cemana pun . Tapi ingat laa . Kita kenal dah lama kot . Rugi ah kalau end up cemni kan . Okay . Terserah . Maaf atas kekasaran penggunaan bahasa dan maaf atas sebab menyinggung perasaan awk . Assalamualaikum :)


Sunday, August 04, 2013

Atelophobia


Yeah. Sometimes, i do feel the same. The fear of never being good enough.

Sunday, July 28, 2013

Contoh² dialog yang perlu dibalas menggunakan kaki.

~ Situasi 1

G : Awak pergi mana semalam?
B : Keluar dengan kawan-kawan.
G : Keluar pergi mana?
B : Sekadar makan-makan je.
G : Ada berapa orang?
B : Dalam 5-6 orang.
G : Saya kenal mereka tak?
B : Entah. Tak kot.
G : Semua lelaki jugak ke?
B : Ya.
G : Betul ke?
B : Betul.
G : Awak pakai baju apa je masa keluar dengan mereka?
B : Kenapa?
G : Awak jawab je la.
B : Ala, baju biasa. Kasual.
G : Awak tak pakai baju yang saya bagi?
B : Tak.
G : Awak tak suka eh?
B : Eh. Apa benda awak mengarut ni?

# Kalau aku jadik lelaki tu, memang aku menyampah dasyat la dengan perempuan yang macam ni . Even aku ni perempuan, aku still menyampah wei . Agak² babe . Boy tu pun nak ada life jugak . Phewww


~ Situasi 2

G : Awak jangan pakai baju hitam lagi.
B : Kenapa?
G : Awak nampak tak senonoh.
B : Apa?
G : Awak nampak gemuk . Lagipun, saya tak tahanlah orang lain cakap awak gemuk . Lepas tu rasa macam awak selekeh sangat . Awak takde baju lain ke? Warna lain?
B : Apa yang tak senonohnya saya? Tak fahamlah.
G : Saya kata jangan pakai, jangan pakailah!
B : Dah tu awak nak saya pakai apa?
G : Pakai warna lainlah !
B : Saya nak konvo ni, baju saya mesti hitam.
G : Awak jangan konvo macam tu.
B : Apa?!!

# Perempuan macam ni, untung la kalau tak ditinggalkan atau ditangankan.


    Kahkahkah! Memang siot gila. What if gua ni perangai sebijik macam 'G' dalam both situation tu? Mau couple tak cukup seminggu la. Hahaha. Bagi yang dah baca Kitab Terfaktab #2, mesti dah familiar kan dengan dialog² tu. Credit to Lord Zara, salah seorang writer dalam terfaktab #2 yang memang sempoi tahap boleh diterima akal lagi. Gua copypaste sebijik seketul letak dalam blog ni sis. Eheh. Dan kalau wujud lagi dalam Malaysia ni lelaki macam dalam situasi² tu, nak je gua face-to-face dengan mereka² tersebut. Penyabar tahap to the infinity and beyond. wakakaka :P

     Kepada perempuan di seluruh dunia, elakkan lah berperangai seperti situasi² di atas untuk mengelakkan anda couple tak cukup seminggu dan untuk menjamin kesejahteraan jiwa insan di sekeliling anda juga. @terfaktab daebakkk !!!

Kopi & Pasta

credit to Brader Leplep of Kitab Terfaktab #2.
Dicopypastekan dan diedit sikit mengikut taste gua untuk tatapan seorang insan-insan yang insane :)

99/84 Perkara Boleh Dibuat Selepas Kecewa.

1. Tarik nafas panjang-panjang.

2. Bakar semua album gambar bersama ex awak.

3. Delete nombor telefon ex awak jadi awak takkan hubungi diaorang secara sengaja mahupun tidak sengaja.

4. Delete akaun twitter/facebook dan buat akaun baru.

5. Menangis sepuas-puasnya. (Sepuas-puasnya, bukan selama-lamanya.)

6. Musnahkan hadiah yang ex awk berikan atau jual je kalau hadiah tu mahal.

7. Pergi mengembara.

8. Daki gunung dan luahkan perasaan dengan menjerit kuat-kuat.

9. Kumpul skandal.

10. Flirt to the fullest.

11. Main PES dan kalahkan ManUnited dengan menggunakan team Arsenal. (Ok. Suka hati masing² la nak guna team apa. Kbai.)

12. Lepak mamak.

13. Pillow talk dengan kawan rapat.

14. Main futsal dan slide tackle kaki lawan.

15. Join geng tabligh.

16. Ubah fesyen rambut.

17. Tengok wayang filem yang awk takleh tengok masa bercinta. Filem seram sebab ex awak dulu seorang yang penakut misalnya.

18. Simpan duit. (Tak dating, tak topup, tak belikan hadiah mesti boleh simpan duit kan?)

19. Balik kampung.

20. Pergi tengok bola kat stadium.

21. Update entry kat blog.

22. Shopping. (Shopping dengan pakwe/makwe confirm leceh kan? Selalunya makwe la. Aku sendiri pun rasa camtu jugak.)

23. Terajang dinding.

24. Baca blog terfaktab. Eheh. Baca blog aku pun boleh.

25. Baca kitab terfaktab.

26. Pergi kursus kahwin. (Siapa kata kena ada pakwe/makwe kalau nak pergi kursus kahwin?)

27. Main badminton dan try smash kepala pihak lawan atatu rakan beregu paling kurang.

28. Makan makan makan.

29. Main gitar.

30. Karang lirik dan buat lagu, siapa tahu boleh masuk Juara Lagu.

31. Drive kereta sorang-sorang kat highway.

32. Bungee jumping !

33. Beribadat. (Amboi, bila tengah sedih baru nak ingat Tuhan kan?)

34. Memancing. Tak kisahlah awak nak pancing ikan ke pancing orang.

35. Contact semula kawan yang masa bercinta dulu tak boleh nak contact sebab takut pakwe/makwe awak jealous.

36. Cat bilik dengan kaler baru.

37. Tulis novel.

38. Pergi menangis kat tepi pantai. Kalau orang tanya, kata pasir pantai masuk mata.

39. Mesin rumput.

40. Ulangkaji pelajaran bagi siapa yang belajar lagi dan ulang kaji pekerjaan bagi siapa yang dah bekerja.

41. Menari. Tango memang memerlukan partner tapi setakat buat Moonwalk. sorang-sorang pun boleh.

42. Tengok rancangan The Oprah Winfrey Show.

43. Simpan jambang.

44. Main layang-layang. 

45. Buat kenduri kesyukuran.

46. Nyanyi lagu Negaraku sebagai tanda kemerdekaan dari jajahan pakwe/makwe.

47. Format laptop.

48. Belajar main golf.

49. Beli hadiah untuk diri sendiri.

50. Makan maggi depan 7 Eleven.

51. Makan aiskrim depan Petronas.

52. Tengok lumba haram.

53. Masuk peraduan dalam surat khabar atau majalah.

54. Masuk kelas Taekwando.

55. Dengar ceramah agama kat masjid.

56. Gotong-royong menghapuskan nyamuk aedes.

57. Pergi luar negara dan main salji.

58. Kurangkan berat badan.

59. Naikkan berat badan.

60. Join gym dan bina six pack.

61. Tulis nama ex awak atas tisu tandas dan lenyek dengan basikal.

62. Ambil anak angkat.

63. Modified kereta atau motosikal, err... atau basikal?

64. Kenyit mata kat makwe lalu lalang.

65. Makan popcorn sambil tengok couple lain bergaduh.

66. Teman mama pergi pasar.

67. Belajar memasak.

68. Buat passport.

69. Lempang orang yang bercerita pasal kenduri kahwin.

70. Bersikap dingin.

71. Paksa kawan suruh putus cinta jugak.

72. Bela arnab.

73. Pujuk hati dan cakap "Relax lah, baru putus cinta, bukan putus nyawa."

74. Jadi fans Arsenal.

75. Berenang. Anywhere. Sungai, laut, tasik, swimming pool, kolah mandi.

76. Pergi karaoke dan nyanyi lagu Siti Nurhaliza.

77. Camping.

78. Buat jenayah-jenayah kecil sebagai tanda tak puas hati. Contohnya beli DVD cetak rompak kat 
pasar malam Guar Chempedak.

79. Berlatih buat free kick.

80. Bertanding jadi Ketua Pemuda atau Ketua Puteri.

81. Naik LRT. Selagi tak bosan, jangan turun.

82. Pecahkan mana-mana rekod dalam World Book of Records.

83. Tengok semua drama melayu kat televisyen,

84. Ketawa kuat-kuat sebab dah jadi single dan boleh buat semua benda sesuka hati. HAHAHA :D


p/s : 
Maaf lerr gua cuma senaraikan lapan puluh empat perkara saja . 
Lenguh tangan menaip ni . 
Gus senaraikan yang mana logik dek akal ajelah ye .
Kalau nak tau semua, beli sendiri kitab terfaktab .
Yang kat sini, ada gus tambah² jugak. Well, blog gua weh, suka hati doww...
Dan yang mana gua guna ink biru tu, memang selalu buat or pernah buat lah.
Tapi, gua bukan tergolong dalam kalangan orang yang putus cinta okay .
Sekian. Adios amigos!


[credit]


Friday, July 12, 2013

Bakal Mahasiswi

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

saya suka pantai. saya suka laut. saya suka awak. aipp aipp

  Hai uolls. Assalamualaikum uolls . First of olls, congratulation to oll my beloved boyfriends, beloved girlfriends and beloved crushes *muka inesen* (ahh. menciknyer baca post gedikss ni.) haha . lulz . Okay sorry . Kita masuk mode half sane balik kay . Yela, iolls malas nak speaking lah SEBAB malas nak bajet omputih SEBAB malas nak kena bash nanti SEBAB mesti akan salah grammar SEBAB aku dapat band three je SEBAB setakat tu je aku mampu bajet omputih . Haha . Hamikk kau nak baca sangat . Rasa nak sepak iolls? Chill bro . Tu baru intro la :P

  Uolls yang baca ni dapat mana? Ada tak boyfriend or girlfriend or crush uolls yang dapat Unisza? Hihiks . Mintak sila berkenal-kenalan lah dengan iolls ni ye . Haa . Pernah dengar tak pasal budak lepasan matrikulasi yang nak sambung ijazah? Pernah tak? Tak pernah? K . Anda rasanya baru keluar dari Tasmania kut sampai benda macamtu pun taktau . Eheh . Well . Aku salah seorang yang dapat sambung pengajian lah ceritanya sekarang ni . Sebab tu gedikss semacam je ni . Hihi *tergelak cover gigi*

aku pun hairan kenapa aku censored part tu. aku bukan artis pun *konflik dalaman*

  Haa . See . Dah terang lagi bersuluh (maksud saya jika anda sedang memegang torchlight lah kan) dah tertulis kat situ yang aku ditawarkan ke Unisza a.k.a Universiti Sultan Zainal Abidin . Maka, dalam satu setengah bulan lagi, aku akan berangkat ke negeri terengganu dan bergelar mahasiswi . Iolls excited giler tau uolls . Haha . Tapi... See ada tapi jugak . Lumrah la manusia . Semua benda nak di-tapi-tapi-kan . Tapi tu la, course yang aku apply tu, macam bajet budak IT je kan . Padahal, chemistry lagi senang kot . Ni ICT kot . Bro, gua sambung degree buat ICT doe . Keluar pasni, spectacles gua lagi tebal dari ensiklopedia la nampaknya . Eheh .

  Dan setelah puas men-survey subject yang aku akan belajar nanti, ni la hasilnya ... jengg jengg jengg


  Haha . Nampak cam aku le orang paling eksaited kan . Puii :P Ni arahan mama la . My mom suruh survey usha dalam² semua benda ni . Maka, sebagai an ordinary girl with extraordinary hipster thinking, aku pun kena menurut lerr . ihihihi (takda kaitan dengan extraordinary tu pun sebenarnya.) . Dan map bawah ni pulak, saja le aku nak cerita kat hampa yang aku boleh pi pantai bila² masa aku suka . Haha . Yang purple tu Unisza, yang A tu pulak UMT . Ok -,- Aku pun taktau kenapa aku kena search untuk UMT sama ...

klik untuk sudden growth. haha

  Maka, hampa dah tau aku continue mana, dan dah tau aku continue course apa secara langsung dan secara tidak langsung . Jadi silakan lah bagitau hampa dapat uni mana dan course apa okay . Kalau kita saling kenal la . Kalau tak kenal pun sokay, hak masing² untuk bagitau . Baiklah . Sekian dari beta, bakal siswazah ICT security . Haha . Kerek la Hani -,- Ok . Sekian pesanan 3S ikhlas dari saya, suami dan anak² . Selamat berpuasa, selamat bersahur dan selamat berterawih ye muslimin dan muslimat sekalian . Gudnite uolls . And congrats again :) 

kbaii. hihik
- 10.46 PM. k kantoi aku buat lapan rakaat je terawih malam ni . eheh

Tuesday, July 02, 2013

One Of A Kind

*keepplaying kimia - Melda Ahmad

       Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum *fliphair* . Rajin tak aku membuang masa? Yela . Malam kelmarin dah post se-entry, malam ni post lagi . Blog masing², suka hati lah . Hihi . Jangan contohi Kak Hani ye adik comel² sekalian . Tak berfaedah berblogging ni kalau sekadar nak mumbling sesaje macam saya . Okay? Good² *usap kepala sikit*

       Alhamdulillah . Habis sudah malam yang membuatkan kepala macam kena gilis dengan steamroller akibat dibebani dengan rasa bersalah . Selesai jugak hari ke tiga puluh enam Hani sebagai babysitter dan cikgu tadika yang sememangnya gila punya mencabar kesabaran tahap seratus degree celcius (ok. hyperbola je) . Tapi an, bayangkan eh, umur aku sembilan belas (lapan belas tahun tujuh bulan sebenarnya) dan aku kena jaga lapan orang budak comel dari umur lapan bulan yang paling muda sampai empat tahun yang agak tua (compare to yang lain la) . Ok. Boleh bayangkan? Yela . Kalau anak sendiri pun, tak mungkin sampai 8 orang dalam satu masa kan . Ha . Nampak tak lagi apa yang aku nak sampaikan ni? Kalau dok kelam jugak lagi, tutup jelah entry ni . Kbai . Eheh :P

       Ha . Memang penat . Tapi, penat yang membahagiakan . Bila jaga budak, layan budak², rasa macam terkeluar dari dunia nyata sebentar tanpa perlu log in ke dunia maya . Boleh lupa MASALAH pun ye jugak . Bila dah pukul dua belas, time tu dah siap bancuhkan susu, dah sudah suapkan makan, tunggu budak² tu nak sleep je la . Best :) Budak² kalau sleep plus botol susu still kat mulut lagi, ugghhh ! Memang comel tahap dewa uh :D Comel sangat !!! Nanti aku upload gambar budak² tu ok .

p/s : title takda kaitan dengan entry . nite²

Thursday, June 06, 2013

Alhamdulillah

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم 

[click]

Anonymus : Hani. Pointer berapa?

Hani : Dah sibuk² tanya ni kenapa? Tampar nak?

       Demikianlah kiranya dikhabarkan bahawasanya result telah pun diumumkan (sebenarnya perlu disemak sendiri) atau boleh disemak pada pukul 12 tengah hari tadi . Pada mulanya,ura-ura ada mengatakan result akan keluar pada 5 Jun 2013 . Kemudian, ditunda pula ke hari esoknya iaitu 6 Jun 2013 (ok. tak hot lagi) . Tetapi, waktu yang tepat untuk result tersebut boleh disemak dipropagandakan pula oleh segelintir pihak . Ada yang mengatakan, ianya keluar pada jam 10 pagi . Kemudian, ada pula yang mengatakan bahawa sebenarnya ia boleh disemak pada jam 12 tengah hari . Dan untuk menambah suspen kepada kanak-kanak matrik ini, dikhabarkan pula bahawa result akan keluar pada jam 4 petang. OK! Defish la semua ni . Enough with bahasa-melayu-kedah-tua things .

*np it's not my time - 3 Door Down

       Dan paragraph kedua ni, aku nak cerita pasal penyesalan . Bukan aku okay . Budak Wajdi ni . The lil' kiddo yang lambat lagi nak membesar . Tapi sebenarnya, dia matang je ikut certain keadaan (coih. mesti bangga tu) . Haa . Boleh pulak dok menyesal tak kena gaya dan ketika . Boleh la kan dok cakap, "Masuk PDT pun takpa dulu" . Huh. Hello dude . Kalau hang masuk pdt, memang nama Nurul Hani tak wujud la dalam diary-pink-kiut-miut hang tu okay (diary? wajdi ada diary ke? hihi) . Alhamdulillah la . Sebab Allah is the best planner :) Kalau tak, mesti hang takkan pernah merasa putus cinta tau . Err ... K . Maaf

       Result tu ... well ... err ... lagu mana nak cakap pun taktau eh . Hmm . Banyak tu yang kita usaha . Banyak tu lah yang kita dapat . CONTOHNYA kalau dapat result rendah . Ada la Allah dah planned sesuatu tu . Husnuzon . Masa depan bukan bergantung pada pointer . Memang la susah nak gapai impian since kita darjah satu tu kan, tapi mana tau kut² sebenarnya memang bukan rezeki kita untuk kerjaya tu . Haa . Sebab tu la aku cakap husnuzon .

       Ok . Bajet-gud-gud pulak kan dok nasihat bagi semangat bagai kat orang kan . Hakikatnya, cabai melaka lagi pedas dari lada benggala *ok. takda kaitan* . Bukan la nak kata aku dapat 3.99 kan, tak la sampai camtu . Tapi takkan bila kita down kita nak angkut satu batalion kawan² down bersama-sama? Bukan aku la nak buat perangai camtu . Aku kan terer tender hati orang . Heh . Tu Wajdi punya kata-kata . Kebenarannya setakat ni aku taktau la nak kata . Tapi, rasanya manusia cold-hearted macam aku ni, berkesan kalau tender manusia soft-hearted macam dia tu ja . Haha

       Akhir kata, sampaikan salam saya kepada atuk Osman dan nenek di Brunei sana yaa . Semoga sihat² selalu . Dan kepada Wajdi, dunia belum berakhir . Hee, bubye [^^,]

Wednesday, June 05, 2013

Proposal

*dalam keadaan palpitasi mengenangkan result PSPM-II yang akan keluar esok, tiba-tiba malam ni terasa nak imagine satu scene propose gaya paling tak romantik :)

~ Ketika sedang berjalan dari kafe ke tempat letak kereta.

Dian : Kenapa saya nampak awak selalu pulang lewat malam?

Iman : Saya nak jugak pulang ke rumah awal setiap hari tetapi saya nak ada orang yang menunggu saya di rumah.

Dian : Siapa yang awak maksudkan?

Iman : Seorang isteri.

Dian : Pergi lah kahwin!

Iman : Kalau awak setuju ...

~ Bunyi hon kereta yang bersahutan dari jalan raya yang mulai sibuk, manusia berkejaran ke tempat kerja, dan ada budak-budak sekolah berjalan kaki  menyeberangi jalan.

~ Tidak jauh dari tempat letak kereta itu, ada sebuah kereta yang rosak enjin dan pemandunya mundar- mandir menelefon mencari bantuan. Di seberang jalan pula, ada pejalan kaki yang nyaris jatuh ke dalam longkang. Dan Iman melamar Dian?!

Dian : Tak romantik langsung lah awak ni!! Ugh

The End

p/s : Pendek je kan? Haha. Memang la. Kalau dah panjang berjela, baik aku buat novel je terus. Dan kenapa aku letak nama Dian? Sebab dah aku rasa nama Dian tu paling manis atas bumi ni. Hiks. Iman tu hanya rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup di alam nyata mahupun yang sudah berada di alam barzakh. Nak jugak letak nama Izzue Islam tapi sebenarnya aku bukan isteri dia. Dia pun dah kahwin. 

      Ok. Kepada yang tidak faham jugak lagi cerita ni, aku harap banyakkan bersabar lah ye. Mungkin neuron hang lambat bertindak. Doakan aku untuk esok okay. Tiup la bagi lapang sikit hati ni. Result final exam kot yang aku dok tunggu ni. Bukan macam ujian bulan April kat sekolah tu tau. Kbaii. Assalamualaikum

Tuesday, May 21, 2013

Will You Hate Me? (The Truth That Lies Inside)


You smile in the two way mirror of my eyes.
I put on my faith like I wear a disguise.
You can’t see my soul, see the life that I live.
But I show you the mask of the best I can give.
I’ve hid here, afraid, like a child behind,
the truth of the thoughts that clutter my mind.
What if you knew, about all that I do?
The things that I think…. the 'me' that is true?
c/o :
Would you call me a hypocrite? Call me a liar?
Would you curse out my name?
Would you damn me to fire?
Would you know what to say?
Would you just walk away, afraid the 'me' I’ve tried to hide,
would too closely resemble the truth of you that lies inside?
I’ve been looking for answers since becoming adult,
not looking for dogma to live like a cult.
Been looking to live, been living to find,
freedom from cages that limit my mind.
Repeat c/o : 
I’ve been running and hiking and dreaming of flying,
but falling and stumbling never shadowed my trying.
So now here I am before God and you,
showing my face and my true self to you.
I’m not scared of God, I trust God understands,
but I‘m wondering if you will still offer your hands.
Will I scare you? Upset you? Frustrate you? Irate you?
Challenge your lifestyle or weaken your trust?
Or will you see my effort? My passion? Sincerity?
Will you see just a little of yourself in me?
Will you take off your mask so we can be free?
Repeat c/o :

by : Dawud Wharnsby Ali

Now, this is Han talking :)

     Faham tak yang setiap orang mesti ada jerangkung in their closet (tahu tak jerangkung tu apa? tak tahu? ok. sila google. terima kasih). Macam aku. Macam dia. Macam pakcik guard tu. Macam sesiapa je lah. Dan tak semua orang berhati konkrit berani nak ceritakan perkara yang dia hide tu kat semua orang. 

     Husnuzon la. Mungkin kalau dia cerita perkara sebenar, kawan-kawan dia akan menjauhkan diri. Siapa tahu kan. Dan mungkin sebenarnya, orang takkan dapat terima diri kita yang kita sorokkan tu. Orang yang terlibat je tahu perasaan sebenar. Kadang-kadang ada orang yang happy tapi sebenarnya dia tampal fake smile je kat muka dia. Takkan semua perkara nak bagitau satu dunia kan. Tak perlu.

     So, hormat lah sikit privasi orang dan jangan sesuka hati je nak paksa-paksa dia cerita benda yang dia takkan cerita. Ada masa dan ketika yang tepat nanti, dia akan cerita juga. InsyaAllah. Tapi, kat orang yang dia betul-betul percaya lah. Jadi, mind your own business dan cuba la jadi kawan yang memahami. Okbai

p/s : HB to my dearest Abg Chik :* may Allah bless you

Tuesday, March 19, 2013

Migrain

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

p/s : Based on my opinion, observation, and experience .

       Migrain atau migraine adalah membawa makna yang sama di mana ianya seperti sakit kepala skala biasa, darab dengan sepuluh kuasa tiga, tambah dengan loya dan tambah lagi dengan rasa ala-ala kepala kena gelek dek steamroller, kayu balak, dan yang sewaktu dengannya . Kadang² rasa macam kepala kena tikam dengan pisau rambo pun ada . Tak kurang jugak rasa sakit macam polar bear termakan cili boh (pinjam perumpamaan dari benua artik) . Yang pasti, migrain ni adalah penyakit di mana kita tak perlu menghantar kad jemputan untuk menjemputnya kerana ianya memang gemar memberi kejutan pada bila-bila masa . Terutama pada waktu-waktu kritikal seperti ketika sedang menyiapkan esei biologi bertajuk Formation of Urine yang bernilai 12 markah dan Role of Hormone yang bernilai 8 markah . Maigadd !

       Bahayanya migrain ni, kadang² ia boleh buat diri sendiri hilang kawalan, hilang pertimbangan dan hilang tumpuan . Orang sekeliling yang tak berdosa pula sangat berpotensi untuk menjadi mangsa keadaan . Contohnya macam kat matrik . Bila kita on mode study ni, kerap la migrain pun turun melawat . Tengah exam UPS paper Math pun boleh . Time tengah jawab paper Chemistry past-semester pun boleh . Anytime pun boleh lah kiranya . Dan time tu, hanya selawat Syifa' sebagai pain-killer . Dan coldpack untuk meredakan, sikit . Pernah sekali sampai terpaksa pergi klinik sebab nak bangun solat pun tak mampu . Pathetic kan? Huh  . Doktor bagi ubat macam coklat Nips . Colourful . Dah macam pesakit brain tumor pun ada gayanya .

       #np welcome to the black parade - My Chemical Romance

       Bila balik bilik, memang kira nak mensyahidkan diri je rasa . Memang nak tidur taknak bangun langsung sebab aku bukan hamba ubat . Memang takkan makan ubat . Pergi klinik pun semata-mata nak dapatkan surat MC *comelkan saya :)* . Bila bilik dah berbau minyak angin semerbak,  Akak dengan Tingting pun memang tersangat memahami lah . Plaster yang bertampal kat atas kening kiri dan kanan pun memang dah boleh buat semua orang faham sebenarnya . Well, action speaks louder than words .

       Dan kalau ada orang call time tu, memang she (or he) just called the wrong person at the wrong time la .  Either dia akan bercakap dengan dinding or dia letak dan call balik esok, dia pilih la . Kalau dia terasa nak tunggu lagi, memang dia akan bercakap dengan Hani yang takda penapis bahasa dah la gayanya . Trust me .

[click]

       Masa semester satu, kuliah chemistry selalu ganti pada malam selasa . Seingat aku la . Dan aku terlupa pasal tu . Lepas solat asar tu, aku tertidur sampai pukul lapan malam . Well, aku memang sleepy head . Dan sebenarnya, aku sakit kepala sebab on that day dengan habis kelas lewat plus makan tak menentu dan belum rehat . Yang lagi stress tu, dah la aku tak solat maghrib lagi . Kuliah pulak start pukul lapan . Maka, aku solat macam orang lari tak cukup tanah dan mandi macam orang tak cukup air . Punya lah semput . Siap² terus jalan straight ke dewan kuliah tak toleh kiri kanan dah . Bila check balik handset, rupanya aku set silent . Oh demm . Alangkah indahnya lah ~ Dan malam tu, habis semua orang kena tempias ribut taufan aku . Luckily aku ada Fatihah dengan Liyana yang tersangat memahami dan sanggup tolong explain balik kat mangsa² aku perihal keadaan sebenar aku . Heh . Kalau tak, memang buat musuh la dengan semua orang malam tu . Tragik sungguh . Epic . Sorry okay kepada yang aku tak sempat nak mintak maaf . A thousand apologise =3


Wednesday, March 06, 2013

Result

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

       Assalamualaikum :') dengan perasaan yang sangat down sekarang ni, aku macam nak bagitau semua orang result aku !!! (cehh. gaya macam 4flat baqq hiang =.=")
 okay . sesungguhnya . aku . rasa . down . hurmmm
       memang lumrah manusia lah kan . time  down baru nak teringat Dia ... malu la dah umur sembilan belas pun dok aplikasikan lagi perangai macam ni . hmm . dan sebenarnya, aku rasa macam aku sangat sangat sangat memerlukan orang yang aku sayang dan orang yang sayang aku . time-time macam sekarang ni . i need a shoulder . a huge one . serius talk =3

       lepas dapat result, aku terus mesej eydaf . bagitau result penuh aku . tapi, dia ada match badminton petang tu . so, memang dia takleh nak comfort kan aku . sokay . aku faham . then, aku mesej odd . boleh pulak dia reply macam ni ... " awk silap tengok result kot?" ... mak aii . tak percaya sungguh dia dengan result aku . Eydaf pun ada bagi soalan macam tu jugak kat aku . hmm . dan sebenarnya, aku pun terkejut tahap nyaris stroke jugak . masyaAllah . aku sendiri pun tak percaya weh . result kali ni memang bukti kukuh that aku terlebih main-main untuk sem ni . memang lidah keras tak terkata lepas tengok result sendiri . teruk sangat !!! macam ambil exam tanpa study . habuk pun taktau =.="

       tu baru respond dari dua orang yang aku sayang . dan petang tu jugak, aku mesej tinsyaz . memang time tu aku down tahap bangang sangat dah . then, dia ajak aku turun usrah . tapi, keadaan tak mengizinkan . mulanya memang dissapointed sangat la sebab tak boleh nak turun . tapi, malam tu, tinsyaz berjaya confort kan sikit hati aku dengan isi-isi usrah petang tu . alhamdulillah :') aku bersyukur sangat sebab aku ada mereka-mereka yang macam ni . #ini pujian :-*

       tapi kan, terus terang ni wa cakap lu . wa takut gila nk jumpa maklong gua =3 homaii ~~ memang perfect two lah kan . maklong sendiri lecturer math . anak sedara pulak gagal dengan cemerlang subjek math . okfineee . maunya kawan-kawan aku tak terkejut dengan result aku yang gagal tahap superb tu . even asyira pun melopong . hoho . aku tak bangga kayy . serius aku tak rasa bangga . even sebesar lubang jarum pun . huhh !!

       dan, macam biasa . aku takkan cari mama . hmm . even sebenarnya rasa macam nak mama peluk aku rapat-rapat time down macam ni :'( tapi, aku takkan cari mama . memang dari kecik, aku dah terbiasa macam ni kot . aku nak mama tengok aku happy selalu . tak pernah sedih . tak pernah down . aku nak mama tau yang aku ni kuat gila sebenarnya . haha . hal dalam hati, biar mereka-mereka yang tertentu saja yang tau pun cukup la ~

mama . orang mintak maaf =/ result UPS kali ni sumpah tak membahagiakan langsung . dan orang tak sengaja . sincerely - hani

Wednesday, February 20, 2013

BFF

Assalamualaikum...


status : done OTP with my boyfiend forever !~!!
okay just kidding . hee :) gurau okay gurau *kenyit mata dua-dua belah* . it's Fauzan lah . bff aku ~

       dia call tadi . haha . walaupun benda ni macam common kan, tapi ... aku rasa macam nak update jugak . let me be lah . kalau ada sesiapa yang rasa macam nak marah, tweet aku okayy . @hanishafii . hahaha . hamekk kau ! aku promote twitter aku pulak kat sini . okay back to the topic

       budak Fauzan ni, kami tak kerap texting pun . serius . even macam tu, kami tetap rapat . dan aku lagi senang cerita semua benda kat dia daripada aku cerita kat orang yang texted dengan aku 24/7 . pelik? nope la . macam ni la kami rapat . dia bukan makhluk yang jenis berkira sen . dan, aku rasa ramai kawan-kawan dia tahu pasal tu la . yang aku musykil sekarang ni, apehal la yang aku tak dapat lagi birthday presents dari dia pun ntah *garu kepala*

       knowing him, dia ni memang sangat choosy dan cerewet . muahahaha . sesungguhnya ! tapi, definition choosy untuk dia ni bukanla macam yang ada dalam fikiran u'olls sekarang ni . choosy si Fauzan ni, positive side punya . dia ni memilih jugak nak berkawan . haha . aku tengah puji ni sengett oii . macam ni ... dia buat kawan ja dengan semua orang . tapi, dia takkan rapat dengan semua orang . yang bawak aura negative tu, dia tahu lah nak handle . ni la maksud aku

       definition for cerewet tu pulak, hee :) memang refer to basic definition lah . cerewet teruk mamat ni . lepak dengan dia, rasa macam aku lelaki, dia perempuan . hahahahahahaha . macam bongek ja dia ni . susah nak describe cerewet dia macamana, tapi memang tahu sendiri lah kalau lepak dengan dia . fullstop okay

       pernah sekali tau, awek dia cakap kat aku yang dia jealous aku rapat dengan fauzan . okay . aku tersedar . tipulah kalau tak rasa apa-apa kan sebab aku ni perempuan, fauzan tu lelaki . memang patut risau . so, those thing memang buat aku blank sebab dua-dua orang rapat dengan aku . its kinda dilemma lah . aku pun try la tak nak rapat dengan fauzan . tapi, tak boleh pun . emm ... it just happen . naturally . betul la cakap fauzan, kami boleh stay rapat macamni sebab dari awal-awal lagi dah set our mind yang kami takkan lebih dari kawan . so, kepada AWEKS Fauzan --> jangan risau pun la ^_^

"I wish semua orang dalam dunia ni berfikir ikut cara hani dan fauzan berfikir . hee :) "
        dan sometimes, bila aku rasa down tahap kerak bumi, memang la aku takan cerita kat sesiapa . just baca quran . renung lama-lama kat satu muka surat tu . nangis sorang-sorang . memang terapi paling indah dah dalam hidup aku macam tu la . tapi, tak semua benda kita boleh keep sorang-sorang sebenarnya . ada yang perlu kita luah . so that, kita takkan merana bergurindam jiwa sorang-sorang . acewah ! boleh blah la dengan aku punya ayat . hahaha

p/s :
Kawan-kawan ni, ada banyak spesies jugak ... yang aku pernah jumpa lah
   - ada yang cari kita time dia susah or ada masalah ja . time takda sesiapa yang nak ada sebelah dia, baru nak teringat kita
   - ada yang kawan dengan kita untuk ambil kesempatan okay
   - ada jugak sebab desperate
   - dan tak ketinggalan jugak yang kawan dengan kita sebab terpaksa . okay . memang hipokrit la
   - termasuk la yang rapat dengan kira sebab nak jadikan kita bahan uji kaji
 (okay ... yang ni shitz)

tapi, alhamdulillah sebab aku ada jugak kawan-kawan yang macam angel ni . hehe
   - spesies yang boleh bergelak berduka bersengsara bersama tak kira masa
   - dan yang sanggup bantu kita no matter what :')

done memuji . babaii :)

Sunday, January 27, 2013

UPS ( Sem II )

Assalamualaikum...

sorry ah . aku memang suka show off .
hee . harini, kita reveal gaya hidup sebenar budak matrik yang lagi dua hari nak exam :D 
*err ... aku sorang ja yang hidup ceni rasanya* 

sebenarnya, tengah study bio tadi . pastu, buat soalan past ups sikit . pastu, guling-guling atas katil dengan #TingTing . lepastu, pergi ambil camera atas meja . pastu, everythings that i and tingting planned turned into
self-cam + playing around = sleeping together :D

disebabkan keadaan meja aku yang sangat lah semak, aku berpindah ke atas katil . study sambil meniarap . sambil kacau tingting .
dan, terus melelapkan mata -_-' 
dan bila aku nak study, amatlah penting untuk Inche Duck ni menemani aku . 
sebab, mama yang bagi benda ni . so, bila sentiasa bersama tu, rasa la macam aura mama berdekatan .
lalu membuatkan aku akan tekun study . hee :') 
*rindu mama*


Inche Duck \(^o^)/
#cerr tekan sini. banyak lagi gambar. and sini ;p hee

show off lagi =,="
hewhew . lastly, benda ni la akan terhasil bila tengah dok sedap-sedap study, tiba-tiba bosan . mula la aku nak capai sketch book aku yang burok tu . kbaii *angkat peace lambai-lambai*

panda gemokk

Saturday, January 26, 2013

You


you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
I'll never stop thinking of you

how can I forget all that
when you're the one who makes me smile
you'll always be apart of me
how I wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and come this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

I know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

c/o:
for all the things I've done and said
for all the hurt that I've caused you
I hope you will forgive me, baby
cause that wasn't what I mean to do

you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
I'll never stop thinking of you

how can I forget all that
when you're the one who makes me smile
you'll always be a part of me
how I wish you were still mine

ulang c/o:

by... Nur Jannah Alia

Wednesday, January 02, 2013

Surgery

Assalamualaikum ...
Dr. in the house ~ *haha . bajet hotsetap sat* 
hari ni ada amali bio. tadi la . pukul 2 sampai 4 . and guess what . aku dengan Wana dah mengorbankan seekor tikus janda yang dah monopause !! *okayy . tipu* . sebenarnya, tak pasti la dia dah monopause or what tapi nampak macam dah tua lah . uterus dia pun macam dah ....... err ... ha . dia betina tau . tapi aku tak jumpa ovary dia . maybe aku yang tak tengok betul-II kot 
#shienshien sila jeles !

kelasmate aku dok bising cakap aku pembunuh upahan . wowwowww o.0 haha . bongekk la . sebab aku brutal sikit ja pun . haa . wana kan kesian kat tikus tu sebab dia kata tikus tu comel . so, tak sanggup la nak bedah . aku pulak spesies yang takut sikit haiwan berbulu . memang match la kami . lepas wana dah amik tikus tu, siap tangkap-II gambar lagi, dia pun letak atas tray . and, the rest, memang aku la yang bertanggungjawab atas segala tragedi . hahaha . kesian tu memang la kesian tapi dah madam cakap kita niat nak belajar . so, aku pun belasah lah


large & small intestine, uterus, kidney, and bla bla bla

memang habis la segala organ dia aku letak kat luar . serius cakap, aku berminat betul . uterus tikus memang panjang dan fleksibel okayy . sebab tu lah sekali dia pregnant sampai sebelas ekor pun boleh . ovary dia pulak kecik je . so, sape yang cakap nampak ovum dengan mata kasar tu, memang penipu tahap laut china selatan laa . ekekeke . dan dia punya kidney, serius comel wa cakap lu . memang besar kacang hijau je . liver dia lah yang macam besar sikit pun . macam berlapis-lapis ala kek lapis tu *slllurrrppp* tapi kan, the most yang nak geli sikit pun, dia punya large intestine la . padat weh . memang arwah penghidap sembelit yang teruk mungkin . hewhew . saat paling mengetarkan jiwa tu, time nak potong jantung dia . berdegup dup-dap-dup-dap lagi tau . tapi, aku kan ada perasaan ingin tahu yang sangat tinggi, so, gasak la . aku nak tengok jugak luar dalam dia macamana . bukan selalu kan

tamat lah riwayat hidup dia sebagai pendidik kepada students matrik :')

akhir kata, macam cakap banyak dah rasanya . okbaii ~

maafkan saya cik tikus :') 

p/s : nak upload video yang Aida jadik bidan tu tapi tenet nih tak laju . coming soon yaww *_*

Tuesday, January 01, 2013

Happy New Year

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ



Selamat Tahun Baru Masihi 2013
May Allah bless us all :)