Thursday, June 06, 2013

Alhamdulillah

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم 

[click]

Anonymus : Hani. Pointer berapa?

Hani : Dah sibuk² tanya ni kenapa? Tampar nak?

       Demikianlah kiranya dikhabarkan bahawasanya result telah pun diumumkan (sebenarnya perlu disemak sendiri) atau boleh disemak pada pukul 12 tengah hari tadi . Pada mulanya,ura-ura ada mengatakan result akan keluar pada 5 Jun 2013 . Kemudian, ditunda pula ke hari esoknya iaitu 6 Jun 2013 (ok. tak hot lagi) . Tetapi, waktu yang tepat untuk result tersebut boleh disemak dipropagandakan pula oleh segelintir pihak . Ada yang mengatakan, ianya keluar pada jam 10 pagi . Kemudian, ada pula yang mengatakan bahawa sebenarnya ia boleh disemak pada jam 12 tengah hari . Dan untuk menambah suspen kepada kanak-kanak matrik ini, dikhabarkan pula bahawa result akan keluar pada jam 4 petang. OK! Defish la semua ni . Enough with bahasa-melayu-kedah-tua things .

*np it's not my time - 3 Door Down

       Dan paragraph kedua ni, aku nak cerita pasal penyesalan . Bukan aku okay . Budak Wajdi ni . The lil' kiddo yang lambat lagi nak membesar . Tapi sebenarnya, dia matang je ikut certain keadaan (coih. mesti bangga tu) . Haa . Boleh pulak dok menyesal tak kena gaya dan ketika . Boleh la kan dok cakap, "Masuk PDT pun takpa dulu" . Huh. Hello dude . Kalau hang masuk pdt, memang nama Nurul Hani tak wujud la dalam diary-pink-kiut-miut hang tu okay (diary? wajdi ada diary ke? hihi) . Alhamdulillah la . Sebab Allah is the best planner :) Kalau tak, mesti hang takkan pernah merasa putus cinta tau . Err ... K . Maaf

       Result tu ... well ... err ... lagu mana nak cakap pun taktau eh . Hmm . Banyak tu yang kita usaha . Banyak tu lah yang kita dapat . CONTOHNYA kalau dapat result rendah . Ada la Allah dah planned sesuatu tu . Husnuzon . Masa depan bukan bergantung pada pointer . Memang la susah nak gapai impian since kita darjah satu tu kan, tapi mana tau kut² sebenarnya memang bukan rezeki kita untuk kerjaya tu . Haa . Sebab tu la aku cakap husnuzon .

       Ok . Bajet-gud-gud pulak kan dok nasihat bagi semangat bagai kat orang kan . Hakikatnya, cabai melaka lagi pedas dari lada benggala *ok. takda kaitan* . Bukan la nak kata aku dapat 3.99 kan, tak la sampai camtu . Tapi takkan bila kita down kita nak angkut satu batalion kawan² down bersama-sama? Bukan aku la nak buat perangai camtu . Aku kan terer tender hati orang . Heh . Tu Wajdi punya kata-kata . Kebenarannya setakat ni aku taktau la nak kata . Tapi, rasanya manusia cold-hearted macam aku ni, berkesan kalau tender manusia soft-hearted macam dia tu ja . Haha

       Akhir kata, sampaikan salam saya kepada atuk Osman dan nenek di Brunei sana yaa . Semoga sihat² selalu . Dan kepada Wajdi, dunia belum berakhir . Hee, bubye [^^,]

Wednesday, June 05, 2013

Proposal

*dalam keadaan palpitasi mengenangkan result PSPM-II yang akan keluar esok, tiba-tiba malam ni terasa nak imagine satu scene propose gaya paling tak romantik :)

~ Ketika sedang berjalan dari kafe ke tempat letak kereta.

Dian : Kenapa saya nampak awak selalu pulang lewat malam?

Iman : Saya nak jugak pulang ke rumah awal setiap hari tetapi saya nak ada orang yang menunggu saya di rumah.

Dian : Siapa yang awak maksudkan?

Iman : Seorang isteri.

Dian : Pergi lah kahwin!

Iman : Kalau awak setuju ...

~ Bunyi hon kereta yang bersahutan dari jalan raya yang mulai sibuk, manusia berkejaran ke tempat kerja, dan ada budak-budak sekolah berjalan kaki  menyeberangi jalan.

~ Tidak jauh dari tempat letak kereta itu, ada sebuah kereta yang rosak enjin dan pemandunya mundar- mandir menelefon mencari bantuan. Di seberang jalan pula, ada pejalan kaki yang nyaris jatuh ke dalam longkang. Dan Iman melamar Dian?!

Dian : Tak romantik langsung lah awak ni!! Ugh

The End

p/s : Pendek je kan? Haha. Memang la. Kalau dah panjang berjela, baik aku buat novel je terus. Dan kenapa aku letak nama Dian? Sebab dah aku rasa nama Dian tu paling manis atas bumi ni. Hiks. Iman tu hanya rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup di alam nyata mahupun yang sudah berada di alam barzakh. Nak jugak letak nama Izzue Islam tapi sebenarnya aku bukan isteri dia. Dia pun dah kahwin. 

      Ok. Kepada yang tidak faham jugak lagi cerita ni, aku harap banyakkan bersabar lah ye. Mungkin neuron hang lambat bertindak. Doakan aku untuk esok okay. Tiup la bagi lapang sikit hati ni. Result final exam kot yang aku dok tunggu ni. Bukan macam ujian bulan April kat sekolah tu tau. Kbaii. Assalamualaikum