Monday, October 27, 2014

Lupa

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita dah lama tak menangis.
Kadang-kadang kita lupa yang Allah ciptakan air mata tu bersebab.
Kadang-kadang kita ego nak mengadu semuanya pada yang Maha Mengetahui.

Kembali lah.
Dia tak pernah lupa akan hambaNya.

Monday, October 13, 2014

Mimpi

Harini best!

Gua tidur kat library.
Dan bangun tidur terus bertentang mata dengan abang crush.
Mak aii. BELIAU LEPAK MEJA SEBELAH MASA GUA TENGAH TIDUR!
Indahnya perasaan tu weyyy ✌

Wednesday, October 01, 2014

0420

Insomnia sucks.

Monday, September 29, 2014

Entah

Aku tak pernah sangka, orang yang lewat macam kau masih mampu tinggal kesan yang besar buat aku. At least sampai rosak satu per tiga malam.

Aku mudah nangis. Tambah lagi bila aku sangat marah tapi aku takleh rebel. Dan 'thanks' bro, dah lama aku tak nangis macam malam ni.

Thursday, August 28, 2014

Sabar

Assalamualaikum.

Dan tiga puluh minit yang lepas, tembok sabar gua runtuh lagi.
Sangat lah tak kukuh tembok sabar seorang hani ni tau.

Friday, August 22, 2014

Situasi

Jumaat, 13 Ramadhan 1435

Situasi satu: Ikut mama pi pasar.
       "Ni anak dara yang mana ni? Mengaji mana?"

Situasi dua: Di kedai runcit.
       "Ni yang no dua ke? Amboi dah besar panjang. Dah jadi anak dara."

Situasi tiga: Kat rumah.
       "Alhamdulillah. Anak-anak dara mama ni semua boleh diharap."

- walaupun nampak macam takde benda, tapi entah kenapa gua rasa pelik je dengar haa. Ish ish ish. Jangan la ada sesiapa terkenan nak buat menantu ke apa ke tak payah laa. Awal lagi ni. Phewww.

Saturday, July 12, 2014

Bila

Sabtu, 14 Ramadhan 1435

Tiba satu ketika bilamana someone who used to bahasakan diri dia 'orang-dia' dengan kita tapi out of sudden start bahasakan diri 'aku-hang' . . . bapak ah! Awkward level petala ketujuh gua cakap lu.

Thursday, July 10, 2014

Twitter

Khamis, 12 Ramadhan 1435

"Weh hani. Kenapa deactivated twitter? Terasa hati dengan sesiapa ke?", tanya seorang seorang akhi.

Lalu gua jawab, "Takde lah. Takde masa nak terasa hati dengan manusia weh. Saja aku larikan diri dari tweet benda-benda lagha macam orang lain buat. Tu je.".

Dan akhi tersebut membalas, "Pehh. Kau baling tepat mengena batang hidung aku weh.".

p/s: Sorry la bro. Sorry. Walau gua tau mu takkan jumpa blog gua, tapi tetap gua nak cakap sorry andai mu terasa hati. Kbai.

Sunday, July 06, 2014

Serius

Ahad, 8 Ramadhan 1435

Maka gua sedang diberi tazkirah berkaitan istikharah.
Oh tuhan, benda berkaitan hati memang boleh buat orang cuak nak mati.
Serius.

Wednesday, June 25, 2014

Piala Dunia

"Sebenarnya, kekuatan nak bangun tengah malam demi menoton world cup ni datang dari mana? #TanyaJe" - anonymous
Heh! Deep woi.
Dan sebab benda ni, setiap kali gua terjaga tengah malam demi menonton world cup, gua akan rasa bersalah gila nak bangun.

Masa study week haritu, gua set alarm demi bangun tahajud then nak study. *kononnya*
Tapi hampeh. Subuh baru terjaga. Itu pun bukan sebelum subuh, masa dah pertengahan nak ke akhir subuh dah. Lahaii hati.

Takpe la Han. Bangun demi world cup pun still boleh buat tahajud kan. Keep it up, girl!

Saturday, June 21, 2014

Dua

Assalamualaikum.

Sebelum ni, gua ada cerita pasal dua lelaki. Ada. Dan gua rejected yang first for the second.

Dan sekarang, dejavu. Benda tu jadi lagi. Datang a guy yang berperwatakan serupa dengan the one yang gua dah pilih, yang gua dah terima.

Tapi, gua tak rasa risau langsung. Betul ni. Bukan macam situasi yang dulu tu, ini lain. Dan kali ni, kalau tetiba mama suruh gua kahwin esok, gua tahu gua nak paksa yang mana untuk datang meminang gua. In Sha Allah.

Moga Allah reda.

Reflect


حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ¤


“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”

p/s: lately ni rasa macam senang betul hilang sabar dan kerap betul cursed orang dalam hati. Dah kelabu dah rasa hati ni. Astaghfirullahalazim.  May Allah forgive me.

Wednesday, June 18, 2014

Rasa

Sepertinya aku ini
rindu.
Cuma aku kurang pasti
adakah rasa ini
sedang menipuku.

Tuesday, June 17, 2014

Soalan(s)

Q: Ada je orang nak dah bakpe mu hok jual mahal?

*Soalan yang agak-mintak-tapak-sneakers daripada seorang akhi yang baru nak mengenal ana. heh!*

Maka di sini, aku sediakan 7 jawapan untuk hang, bro.

1) Sebab aku tak pandai jaga hati orang. Sesiapa pun. Lelaki ke perempuan ke, sama je. So, kalau nak kawan dengan aku , orang tu kena be bold. Kena alert pun ye jugak sebab aku tak pandai jaga hati orang tapi aku nak orang jaga hati aku . Selfish much. Dan aku judgemental jugak. Sebab aku selalu expect takda orang yang boleh faham perangai aku yang selfish tu. That's why aku taknak terima sesiapa.

2) Sebab i like being alone but i hate feeling lonely. Chu geddit?

3) Sebab aku ada banyak benda yang aku tak suka nak kongsi. BANYAK. Masa lalu aku tak secerah lampu tidur kat bilik ni. Masa sekarang pun tengah kelam kabus tebal lagi. Merangkak jugak la aku nakcari cahaya hatta dari lampu jalan sekalipun.

4) Sebab aku selalu gagal dalam bab memberi komitmen. Bukan maksudnya aku ni selalu curang, TAK. Lagipun, nak curang apa bendanya kalau sesiapa pun aku taknak terima kan. Tapi, aku tak suka terikat. Aku tak suka nak bergantung harap kat seorang tu je. Aku prefer hidup bebas, buat apa yang aku suka tanpa perlu fikir perasaan sesiapa.

5) Sebab aku taknak rasa kecewa. Kan aku dah cakap tadi yang aku ni judgemental, so bagi aku semua orang tak reti setia. Tahu nak berseronok je. Terlalu mainstream. Apa yang orang lain buat, dia pun nak buat. Dan bila orang lain ada pasangan, dia pun nak. Itu yang aku tak suka. Sebab nanti bila fasa tu berlalu, dia pun akan pergi. Demmit. I hate that. aku dah kenyang makan pengalaman kawan-kawan aku . Yang bilamana menangis, datang cari aku .

6) Sebab aku rasa tanggungjawab terhadap parent aku belum terlaksana. Dan selagi belum bertanda kotak 'done', selagi tu aku taknak fikir perihal pasangan untuk diri sendiri lagi.

7) Sebab bila Real Madrid atau Arsenal kalah dengan team yang lelaki tu sokong, aku akan rasa nak pergi tikam lelaki tu walaupun bukan dia yang salah.

-- Mungkin ada banyak lagi. Mungkin aku yang belum discover lagi. aku sendiri tak pasti. Well, kan ada quote yang mengatakan "Girls are fucking complicated.". Haa betul lah tu. aku perempuan dan aku setuju je.

Monday, June 16, 2014

Haru

Bila rindu datang bertamu,
Dia takkan bagi salam dulu,
Dia singgah tanpa kita setuju,
Lalu dia bikin hati kita haru biru.

*tepis dengan tangkas*
Pergi main jauh-jauh syaitonirrojimmm!

Hair Care

Tips to Make Hair Grow Fast and Healthy

#1 - Avoid hair dye

As tempting as it maybe, dying your hair will only damage your hair even further. Bahan kimia yang terkandung di dalam pewarna rambut akan menyebabkan rambut uolls kering, kasar, dan bercabang. Jika uolls tergolong di dalam golongan orang yang suka mewarnakan rambut, try to hold off for maybe three months, and your hair akan mengucapkan terima kasih kepada uolls.

#2 - Washing your hair

Ramai orang fikir shampooing and conditioning their hair every day is healthy, but I’m here to tell you, ianya adalah sebaliknya. Mencuci rambut pada setiap hari akan menjadikan rambut uolls kering dan rapuh. Cuba mencucinya every other day to allow your hair to rest in natural healthy oils dan menguatkannya. Ketika uolls mencuci rambut, mulakan dengan shampoo dan only apply it to kulit kepala uolls, bukan ke seluruh rambut. Jika tidak, rambut akan menjadi kering. Setelah itu, sapukan conditioner ke sepanjang rambut dan biarkan kira-kira 5 minit untuk ia menyerap. Elakkan daripada menggunakan 2 in 1 shampoo and conditioners; they will only leave you with dry brittle hair.

#3 - Moroccan Oil

Ia menjadikan rambut anda licin, sihat, dan bersinar sekaligus. Selain itu, ia juga mengurangkan masalah rambut bercabang dan menjadikan rambut lebih kuat.

#4 - Healthy diet

Rambut ni, macam all other parts of your body jugak laa yang only as good as how you eat! Ambil protein yang cukup untuk menguatkan rambut dan menjadikan ia bersinar dengan sihat. Make sure uolls memilih protein yang sihat seperti salmon or beans. Amino acids akan mempercepatkan proses pertumbuhan rambut, so be sure to eat enough of it. Juga pastikan uolls mempunyai vitamin yang mencukupi dalam diet untuk membolehkan rambut uolls tumbuh dengan sihat! Changing your diet to become healthier bukan sahaja akan menjadikan rambut uolls tumbuh dengan lebih cepat dan kuat, tetapi ia akan memberi manfaat kepada the rest of your body as well!

#5 - Trim your hair

Jangan terlalu sayang untuk memotong hujung rambut yang bercabang. Trimming and maintaining healthy hair is a huge part of fast growing hair. Iolls cadangkan uolls pergi ke salon sebulan sekali untuk memotong dan merapikan hujung rambut yang bercabang. Uolls juga boleh lakukan sendiri di rumah sebenarnya. If you wait too long, the split ends will just go further up in your hair and break off or create more damage to your hair.

#6 - Avoid heat

I know it can be difficult to not curl your hair or to not straighten it, tapi ingatlah! Rambut juga perlukan rehat!  The more heat you apply to your hair the more damaged and coarse it will get. Try to find alternatives and if you do use heat be sure to use pelindung haba untuk menghalang kerosakan daripada menjadi lebih teruk. Instead of blow drying your hair, try air drying it the night before. Trust me, elakkan daripada mengenakan sebarang haba kepada rambut uolls selama sebulan and it will definitely thank you.

Friday, June 13, 2014

Keluarga

Assalamualaikum.

Harini, gua nak buka entry pasal keluarga. Apa yang trigger gua untuk cakap pasal ni? Entahlah. Gua pun kurang pasti. Tapi mungkin sebab tiba tiba mama sebut pasal gambar keluarga tadi. Kepada awak berdua yang nak sangat kenal gua tu, korang akan sedar yang gua sangat perahsia sebenarnya. Banyak yang gua belum cerita dan tak rasa nak cerita. Banyak. Salah satu darinya, hal keluarga gua.

Keluarga gua tak macam keluarga lain. Serius. Semua dah berperangai tak macam adik beradik. Bagi gua, kawan kawan lebih berperangai macam adik beradik, daripada adik beradik sendiri.

Last time yang gua ingat kami semua masih berkumpul boleh duduk bersama jalan berselisih bahu tahun 2007. Masa tu gua form 1. Masa tu ellysa baru 11 bulan. Kiteorang satu keluarga pergi langkawi time birthday gua. Happy. Ke? Entahlah.

Dan apa yang gua ingat tahun tahun lepas tu, along dengan gua masuk sekolah asrama. Dan segalanya jadi kacau bilau lepas udin masuk sekolah menengah. Terpengaruh dengan kawan yang melampau sampai gaduh dengan mama abah. Abah pun tertekan dengan kerja balik rumah asyik marah marah. Gua dengan along macam terabai sebab kiteorang tinggal di asrama. Dan semua orang hanya tahu nak marah, nak menengking, nak tinggikan suara, dan nak gaduh. Itu je.

Gua yakin sejak masuk tahun 2008, keluarga kiteorang macam dah hilang title keluarga. Serius. Hanya mama yang berusaha nak satukan balik keluarga dia. Tapi, gua dah tawar hati.

Form 5, gua keluar asrama dan tinggal dengan tokma. Tapi, takda apa yang berubah. Habis sekolah menengah, gua masuk matrik kedah. Gua tak rasa nak balik rumah langsung. Gua kalau boleh nak je dapat matrik luar negeri. Tapi gua bersyukur, hubungan gua dengan mama tak pernah renggang. Gaduh macam mana pun, kena marah macam mana pun, at the end gua cari mama jugak. Habis matrik gua dapat unisza, terengganu. Gua bersyukur sangat yang ni, sebab gua dapat lari dari that-so-called-family. Gua paling bersyukur bila dapat duduk jauh dari mama. Sebab gua akan lagi erat dengan mama bila kami berjauhan. Tapi itulah, kesian mama. Kena tanggung segalanya sendirian.

Sekarang, beban mama lagi bertambah. Lagi teruk. Abah dah tak boleh kerja lepas diserang strok hari raya pertama 2013. Nyaris jugak gua tak sambung uni sebab perkara tu. Tapi mama pujuk jugak. Suruh belajar setinggi boleh. Nanti mama nak menumpang senang. Gua turuti peemintaan mama. Tapi gua kesian ke mama, dengan tekanan perangai anak anak lagi, beban kewangan keluarga lagi, segalanya. Mama tanggung seorang. Gua nak sangat cepat cepat habiskan degree, dan lompat terus ke phD. Tapi itu hanya mungkin kalau gua dapat first class degree. Hmm.

Ya allah, permudahkanlah urusanku di dunia dan di akhirat. Semoga aku menjadi anak yang solehah kebanggaan kedua ibu dan bapaku di dunia dan di akhirat. Ampunkanlah dosa dosaku, dosa kedua ibu dan bapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sejak masih kecil lagi.

Tuesday, June 10, 2014

Cry

Detik sekarang, jam, minit dan saat ketika ini. . .

I. Just. Need. A. Shoulder.

Allahu. Forgive me.

Monday, June 09, 2014

Sabar

Dear you,

Gua sangat tidak penyabar. Serious talk.
Don't let me deal with any pesakit sebab gua lagi senang hilang sabar dengan orang sakit.
Maka dengan ini, lu betul ke nak kan perempuan macam gua ni bro?
Kbai

Wednesday, June 04, 2014

Sesungguhnya,

Saya rindu.
Rindu apa?
Rindu siapa?
Tak tahu.
Tak nak pun tahu.
Cukup disitu.
Kbai.

Wednesday, March 05, 2014

Roomies

Nak menegur ni susah.
Bila atas nama kawan, segalanya menjadi payah.
Tapi selagi tak ditegur, selagi itu dia akan buat salah.
Tak kurang juga kita yang turut merasa bersalah.

*Sedang fikirkan cara yang terbaik*
Moga Allah redha.

Monday, March 03, 2014

Rindu

Dah lama tak merapu.
Dan gua rindu nak macam tu.
Sebab jiwa tengah galau.
Dan hati tengah kacau.

       Parah bila umur menjejak dua puluh dan diri sendiri mula nak homesick tahap melampau. Fuhh. Homesick ni antara tujuh perkara dalam dunia yang boleh buat gua menangis tahu.

       Tapi sekarang ni gua bukan setakat rindu hometown je, gua rindu adik gua tu. Gua rindu life gua zaman nakal jahiliah dulu, gua rindu kawan-kawan gua yang aci redah tahap gila-gila tu, gua rindu kena denda kena marah kena sekat outing macam kat asrama tu, gua rindu saat semua lari lintang pukang selamatkan phone masing-masing bila tetiba warden naik buat spotcheck, gua rindu saat fly sorang-sorang dan kena caught in action dengan budak baru time jalan kaki nak balik asrama tu, gua rindu junior-junior yang asal weekend je terus tanya gua "Ada plan baik tak?", gua rindu semua tu.

       Rindu ni sekali dia datang, terus hang rasa macam nak terbang. Macam gua rasa sekarang. Fehh. High semacam pulak.

Monday, February 24, 2014

Meja.

Assalamualaikum.

*peluk bantal*

Gua tengah gundah gulana ni. Serius. Tapi gua tak rasa nak cerita kat sesiapa. Sebab gua tak suka.


       Gua bukan tak suka berkongsi. Bukan. Gua tak kisah pun untuk berkongsi sebenarnya. Gua suka je bila sahabat-sahabat cari gua untuk kongsi masalah diorang. Gua tak rasa terbeban pun. Gua boleh je kalau nak berkongsi makanan berkongsi duit berkongsi rasa gembira sedih marah high segala bagai tu dengan sesiapa pun tapi bila masuk part hal dan masalah gua, cukuplah dengan tahu gua tengah gundah dan respek sikit dengan tak menyibuk dan memaksa gua untuk cerita. Mungkin kasar, tapi ini hakikat. Kan gua dah cakap seorang Hani ni ada banyak lagi side dia untuk difahami.

     Ye gua ada masalah. Puas hati?

     Gua suka bercakap guna hati, marah guna hati, dan lastly simpan balik semua dalam hati. Jangan risau ke gua okay, awok? Teruk-teruk pun la kan, gua akan kemas bilik je. Eh tak. Tu bila gua marah. Bila gua tengah ada masalah macam tengah-tengah malam gini, gua pergi mandi. Tak pun gua makan megi. Tak pun gua layankan je ikan gua berenang renang dalam balang ni. Main aci kejar sampai gua mengantuk. Seorang gua ni kalau boleh tidur bila ada masalah, cukup heaven sebenarnya. Sebab bila bangun nanti kalau tak lupa jugak masalah tu, gua migrain je. Hok aloh, watlek watpis watkul plis. Gua berpengalaman hendel migrain ni almost six years kut. So, takde hal la setakat hentak kepala kat meja kat dinding kat wardrobe bagai tu. Takde mende. Okay? Goodnight.

Friday, February 21, 2014

Jalan

Penat tapi puas.

Macam,
ikhlas tapi jauh.

Thursday, February 20, 2014

Behave

Assalamualaikum.

Apa masalah seorang Hani ni sebenarnya.
Gua pun tak reti.
Dan tak faham.

Nak kecundang lah tu gamaknya.
Macam subjek COA.

Oh Hani.
Behave yourself.

Sincerely, myself.

P/s :
       Gua ponteng kelas OS ni cerita dia. Itulah gua sendiri pun sedar, dah hilang kewarasan agaknya seorang gua ni. Subjek OS memang susah kut. Dan lekcerer OS macam garang kut. Itu pun nak buat perangai jugak lagi.

       Terlajak kereta boleh u undur, terlajak tidur lingkup kelas OS!

Monday, February 17, 2014

Kawan.

Dia,
tak semestinya orang yang selalu ada dengan hang setiap hari,
tak semestinya orang yang selalu dicari bila hang nak pinjam duit,
tak semestinya orang yang selalu available bila hang ajak keluar shopping,
tak semestinya orang yang selalu setuju bila hang nak makan kat kafe,
tak semestinya orang yang selalu bagi bahu bila hang rasa nak menangis tanpa sebab,
tak semestinya orang yang selalu mendengar bila hang nak cerita pasal crush hang lalu dan senyum kat hang pagi tadi,
tak semestinya.

Tapi,
orang yang selalu sedia (tak kira lah dalam mana-mana situasi kat atas),
semestinya seorang kawan,
sebab tak semua kawan boleh ada dengan hang pada setiap masa.

Janji,
dia selalu dekat di hati,
namanya selalu disebut dalam doa,
dan dia selalu diingati,
itu dah cukup menjanjikan ukhwah sejati sampai mati.

In sha Allah.
May Allah bless you, kawan.

TE

Assalamualaikum.

Aku pernah kena.
Sebab tu aku tahu rasa.
Sebab tu cara aku berbisa.
Sebab tu sakitnya aku bagi engkau pulak rasa.

Maaf.

Sunday, February 16, 2014

Toilet

Assalamualaikum.

       Mungkin engko tak tahu apa perasaannya bila org cut line engko. Tak kira la kat cafe ke, kat atm machine ke, kat washing machine ke, hatta kat toilet sekalipun lah. Jadi, mari sini gua nak kongsi perasaan dengan jalan penyelesaiannya sekali.

       Dikhaborkan malam nanti akan ada gangguan bekalan air. Maka, petang ni berpusu-pusu lah ladies sekalian nak mandi, nak membasuh baju, nak cuci muka, nak selesaikan hajat, etc etc. Gua pun tak terkecuali daripada tergolong dalam golongan ladies yang berpusu-pusu tersebut. Jadi, tadinya gua tengah cuci muka. Sambil tengah tunggu turn nak masuk mandi. Dah elok gua berdiri depan shower tu, tetiba ada seorang makhluk hawa ni pegi letak toiletries dia depan gua. Lepastu dia blah pegi basuh baju. Aisemen. Memang cantik manis la cik rogayah oii. Yang gua dah terpacak kat situ engko tak nampak ke?!

     Sekejap lepas tu, member gua yang tengah mandi tu keluar. At the same time, makhluk hawa tu datang ke shower. Eheh. Show time! Gua slumber jelah langkah toiletries dia dan terus masuk mandi. Memang gua gelak puaka sorang-sorang lah kat dalam shower tu. Indahnya payback wa cakap lu (Ye. Benda tak baik tu memang indah sangat kan Hani). Kehkehkeh.

       Gua keluar je lepas, elok je beliau hadiahkan jelingan tajam jurus tujuh puluh tiga. Dey lady, elok sikit. Lu tepuk dahi tanya diri sendiri dulu apa salah lu, baru jeling gua. Dan klimaksnye bila beliau masuk shower sambil hentak kaki kuat-kuat! Serius feminin. Kahkahkah. Gua memang suka tengok perempuan hentak-hentak kaki bila marah. Gua yang cepat terpikat.

       Hahahahahahahahahahahaha. Ok gurau je. Salam maghrib dari bumi Terengganu Darul Iman.

Saturday, February 15, 2014

Oja's.

Assalamualaikum.

       Onyonyonyo. Berdosa pulak rasa. Sebab harini baru tahu semalam birthday Oja. Crush kite tu. Penghibur hati nan lara. Amboi engko Hani, sesama manusia tahu berdosa, dengan tuhan belum terasa ke?! Pheww.

       Rasa tu rasa, cuma. . . Yeah. Tipikal melayu yang bila sedar diri sendiri salah, terus tersedia seribu tujuh ratus tiga puluh tujuh alasan untuk back up secara automatiknya.
       Tapi Oja, serius aku minta maaf. Birthday aku celebrate kemain lagi, birthday engko aku tak alert pulak. Mianeiy. But, since engko dah cecah abad ke 20 ni, im wishing u a happy belated birthday, girl. May Allah bless u always. And i pray that u will be blessed with amazing friends. Aku suka kenal engko. Aku suka kawan dengan engko. Dan aku tak sweet, maka setakat itu je aku boleh karangkan untuk engko. Hihi. Muahhh setepek :*

Thursday, February 13, 2014

Kahwin

 Yo! *brofist*

      Satu semester menyepi, dan gua buat comeback dengan topik ala ala gadis sunti baru dipinang. Kahkahkah. Okay tak lawak. Gua rasa nak kongsi pasal kahwin malam ni. Yelah. Gua dah masuk umur dua puluh kan (sembilan belas tahun dua bulan), blogging pun kena keluar gaya gadis dua puluhan sikit. Iye dokk?


       Tengah khusyuk scroll ig satni, gua ada jumpa satu gambar yang memang buat gua senyum sendiri. Comel. Pasangan pengantin yang sangat bersederhana.

       Lalu gua pun teringat ke seorang hamba Allah ni. Katanya, kalau dia kahwin nanti dia taknak buat majlis bersanding bagai tu. Sebab tu budaya agama Hindu yang menjadi adat orang Melayu. Har har har. Melayu dan adat. Gua pun tak faham sebenarnya, kenapa orang Melayu ni mementingkan adat sangat sangat sangat. Tu belum lagi campur kepercayaan tahyul, karut marut, dan semua yang macam itu lah.

       Tokma gua pun tak terkecuali. Nasib baik Mama tu urban sikit, dan Tokwan pulak hipster sikit. Heh! Kalau semua ikut je Tokma, fehh. Pilu! Confirm gua sekali turut dipaksa menjebakkan diri. Ikutkan tokma, bersanding, berinai, mandi hape tah nak naik seri tu haa semua kena buat. Kalau ikut dia lah.

       Bila tanya ke Ma, rilek je Ma cakap. "Hangpa yang nak kawin, buat ikut citarasa hangpa lah. Mama tak kisah.". Pehh mama gua. One in a million bak kata Ne-Yo. Bila gua tanya Tokwan pulak, beliau jawab "Hai kakngah, baru nak masuk semester dua dah ada orang risik ka?". Gulp. Dan gua terus mematikan harapan dan impian nak dengar jawapan dari Tokwan.

       Kembali ke hamba Allah tadi, gua tanya beliau takkan taknak bersanding kan? Kahwin ni sekali seumur hidup (unless you nak kahwin lagi nanti itu tou punya suka lah). Dan jawabnya, dia taknak tayang isterinya macamtu je. Yelah. Dah jadik isteri dia, buatpa orang lain nak tengok (Haha. Lebih kurang macamtu la maknanya dah nak buat macamana gua ni memang failed nak hafal seketul seketul patah perkataan dia). Dan bila gua fikir balik, logik tu brader. Nampak la you sayang wife you nanti.

       Gua setuju dengan penolakan untuk majlis bersanding tu. Tapi kalau dengar alasan gua memang kontra habisan lah dengan beliau tu. Sebab spesis macam gua ni, gua tak suka crowded tahu. Memang rimas. Tambah pulak bila engko nak kena duduk kat tempat yang memang akan menjadi tumpuan mata para tetamu, mata lensa dan tidak terkecuali juga mata mata keranjang. Pehh! Rasa macam tudung hang senget lah, baju hang kena air sirap lah, eyeliner hang dah comot lah, semua lah.

       Kalau gua tak terikat dengan orang tua tua ni, nak je gua tukar pakai long sleeve dengan track dengan sneakers lepas selesai upacara pembatalan air sembahyang. Tetamu datang makan terus balik. Gua pulak boleh ajak encik pengantin lelaki duduk belakang rumah basuh kawah sama-sama dengan gua. Kan bermakna tu. Har har har (again).

       Angan angan ni memang indah, dan kebarangkalian untuk terlaksana tu amat lah rendah. Memang kena kejar parang la kalau gua buat perangai macamtu. Tokma bakar habis sneakers gua kang. Haih! Ngeri.