Showing posts with label KMK. Show all posts
Showing posts with label KMK. Show all posts

Thursday, June 06, 2013

Alhamdulillah

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم 

[click]

Anonymus : Hani. Pointer berapa?

Hani : Dah sibuk² tanya ni kenapa? Tampar nak?

       Demikianlah kiranya dikhabarkan bahawasanya result telah pun diumumkan (sebenarnya perlu disemak sendiri) atau boleh disemak pada pukul 12 tengah hari tadi . Pada mulanya,ura-ura ada mengatakan result akan keluar pada 5 Jun 2013 . Kemudian, ditunda pula ke hari esoknya iaitu 6 Jun 2013 (ok. tak hot lagi) . Tetapi, waktu yang tepat untuk result tersebut boleh disemak dipropagandakan pula oleh segelintir pihak . Ada yang mengatakan, ianya keluar pada jam 10 pagi . Kemudian, ada pula yang mengatakan bahawa sebenarnya ia boleh disemak pada jam 12 tengah hari . Dan untuk menambah suspen kepada kanak-kanak matrik ini, dikhabarkan pula bahawa result akan keluar pada jam 4 petang. OK! Defish la semua ni . Enough with bahasa-melayu-kedah-tua things .

*np it's not my time - 3 Door Down

       Dan paragraph kedua ni, aku nak cerita pasal penyesalan . Bukan aku okay . Budak Wajdi ni . The lil' kiddo yang lambat lagi nak membesar . Tapi sebenarnya, dia matang je ikut certain keadaan (coih. mesti bangga tu) . Haa . Boleh pulak dok menyesal tak kena gaya dan ketika . Boleh la kan dok cakap, "Masuk PDT pun takpa dulu" . Huh. Hello dude . Kalau hang masuk pdt, memang nama Nurul Hani tak wujud la dalam diary-pink-kiut-miut hang tu okay (diary? wajdi ada diary ke? hihi) . Alhamdulillah la . Sebab Allah is the best planner :) Kalau tak, mesti hang takkan pernah merasa putus cinta tau . Err ... K . Maaf

       Result tu ... well ... err ... lagu mana nak cakap pun taktau eh . Hmm . Banyak tu yang kita usaha . Banyak tu lah yang kita dapat . CONTOHNYA kalau dapat result rendah . Ada la Allah dah planned sesuatu tu . Husnuzon . Masa depan bukan bergantung pada pointer . Memang la susah nak gapai impian since kita darjah satu tu kan, tapi mana tau kut² sebenarnya memang bukan rezeki kita untuk kerjaya tu . Haa . Sebab tu la aku cakap husnuzon .

       Ok . Bajet-gud-gud pulak kan dok nasihat bagi semangat bagai kat orang kan . Hakikatnya, cabai melaka lagi pedas dari lada benggala *ok. takda kaitan* . Bukan la nak kata aku dapat 3.99 kan, tak la sampai camtu . Tapi takkan bila kita down kita nak angkut satu batalion kawan² down bersama-sama? Bukan aku la nak buat perangai camtu . Aku kan terer tender hati orang . Heh . Tu Wajdi punya kata-kata . Kebenarannya setakat ni aku taktau la nak kata . Tapi, rasanya manusia cold-hearted macam aku ni, berkesan kalau tender manusia soft-hearted macam dia tu ja . Haha

       Akhir kata, sampaikan salam saya kepada atuk Osman dan nenek di Brunei sana yaa . Semoga sihat² selalu . Dan kepada Wajdi, dunia belum berakhir . Hee, bubye [^^,]

Tuesday, March 19, 2013

Migrain

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

p/s : Based on my opinion, observation, and experience .

       Migrain atau migraine adalah membawa makna yang sama di mana ianya seperti sakit kepala skala biasa, darab dengan sepuluh kuasa tiga, tambah dengan loya dan tambah lagi dengan rasa ala-ala kepala kena gelek dek steamroller, kayu balak, dan yang sewaktu dengannya . Kadang² rasa macam kepala kena tikam dengan pisau rambo pun ada . Tak kurang jugak rasa sakit macam polar bear termakan cili boh (pinjam perumpamaan dari benua artik) . Yang pasti, migrain ni adalah penyakit di mana kita tak perlu menghantar kad jemputan untuk menjemputnya kerana ianya memang gemar memberi kejutan pada bila-bila masa . Terutama pada waktu-waktu kritikal seperti ketika sedang menyiapkan esei biologi bertajuk Formation of Urine yang bernilai 12 markah dan Role of Hormone yang bernilai 8 markah . Maigadd !

       Bahayanya migrain ni, kadang² ia boleh buat diri sendiri hilang kawalan, hilang pertimbangan dan hilang tumpuan . Orang sekeliling yang tak berdosa pula sangat berpotensi untuk menjadi mangsa keadaan . Contohnya macam kat matrik . Bila kita on mode study ni, kerap la migrain pun turun melawat . Tengah exam UPS paper Math pun boleh . Time tengah jawab paper Chemistry past-semester pun boleh . Anytime pun boleh lah kiranya . Dan time tu, hanya selawat Syifa' sebagai pain-killer . Dan coldpack untuk meredakan, sikit . Pernah sekali sampai terpaksa pergi klinik sebab nak bangun solat pun tak mampu . Pathetic kan? Huh  . Doktor bagi ubat macam coklat Nips . Colourful . Dah macam pesakit brain tumor pun ada gayanya .

       #np welcome to the black parade - My Chemical Romance

       Bila balik bilik, memang kira nak mensyahidkan diri je rasa . Memang nak tidur taknak bangun langsung sebab aku bukan hamba ubat . Memang takkan makan ubat . Pergi klinik pun semata-mata nak dapatkan surat MC *comelkan saya :)* . Bila bilik dah berbau minyak angin semerbak,  Akak dengan Tingting pun memang tersangat memahami lah . Plaster yang bertampal kat atas kening kiri dan kanan pun memang dah boleh buat semua orang faham sebenarnya . Well, action speaks louder than words .

       Dan kalau ada orang call time tu, memang she (or he) just called the wrong person at the wrong time la .  Either dia akan bercakap dengan dinding or dia letak dan call balik esok, dia pilih la . Kalau dia terasa nak tunggu lagi, memang dia akan bercakap dengan Hani yang takda penapis bahasa dah la gayanya . Trust me .

[click]

       Masa semester satu, kuliah chemistry selalu ganti pada malam selasa . Seingat aku la . Dan aku terlupa pasal tu . Lepas solat asar tu, aku tertidur sampai pukul lapan malam . Well, aku memang sleepy head . Dan sebenarnya, aku sakit kepala sebab on that day dengan habis kelas lewat plus makan tak menentu dan belum rehat . Yang lagi stress tu, dah la aku tak solat maghrib lagi . Kuliah pulak start pukul lapan . Maka, aku solat macam orang lari tak cukup tanah dan mandi macam orang tak cukup air . Punya lah semput . Siap² terus jalan straight ke dewan kuliah tak toleh kiri kanan dah . Bila check balik handset, rupanya aku set silent . Oh demm . Alangkah indahnya lah ~ Dan malam tu, habis semua orang kena tempias ribut taufan aku . Luckily aku ada Fatihah dengan Liyana yang tersangat memahami dan sanggup tolong explain balik kat mangsa² aku perihal keadaan sebenar aku . Heh . Kalau tak, memang buat musuh la dengan semua orang malam tu . Tragik sungguh . Epic . Sorry okay kepada yang aku tak sempat nak mintak maaf . A thousand apologise =3


Wednesday, March 06, 2013

Result

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

       Assalamualaikum :') dengan perasaan yang sangat down sekarang ni, aku macam nak bagitau semua orang result aku !!! (cehh. gaya macam 4flat baqq hiang =.=")
 okay . sesungguhnya . aku . rasa . down . hurmmm
       memang lumrah manusia lah kan . time  down baru nak teringat Dia ... malu la dah umur sembilan belas pun dok aplikasikan lagi perangai macam ni . hmm . dan sebenarnya, aku rasa macam aku sangat sangat sangat memerlukan orang yang aku sayang dan orang yang sayang aku . time-time macam sekarang ni . i need a shoulder . a huge one . serius talk =3

       lepas dapat result, aku terus mesej eydaf . bagitau result penuh aku . tapi, dia ada match badminton petang tu . so, memang dia takleh nak comfort kan aku . sokay . aku faham . then, aku mesej odd . boleh pulak dia reply macam ni ... " awk silap tengok result kot?" ... mak aii . tak percaya sungguh dia dengan result aku . Eydaf pun ada bagi soalan macam tu jugak kat aku . hmm . dan sebenarnya, aku pun terkejut tahap nyaris stroke jugak . masyaAllah . aku sendiri pun tak percaya weh . result kali ni memang bukti kukuh that aku terlebih main-main untuk sem ni . memang lidah keras tak terkata lepas tengok result sendiri . teruk sangat !!! macam ambil exam tanpa study . habuk pun taktau =.="

       tu baru respond dari dua orang yang aku sayang . dan petang tu jugak, aku mesej tinsyaz . memang time tu aku down tahap bangang sangat dah . then, dia ajak aku turun usrah . tapi, keadaan tak mengizinkan . mulanya memang dissapointed sangat la sebab tak boleh nak turun . tapi, malam tu, tinsyaz berjaya confort kan sikit hati aku dengan isi-isi usrah petang tu . alhamdulillah :') aku bersyukur sangat sebab aku ada mereka-mereka yang macam ni . #ini pujian :-*

       tapi kan, terus terang ni wa cakap lu . wa takut gila nk jumpa maklong gua =3 homaii ~~ memang perfect two lah kan . maklong sendiri lecturer math . anak sedara pulak gagal dengan cemerlang subjek math . okfineee . maunya kawan-kawan aku tak terkejut dengan result aku yang gagal tahap superb tu . even asyira pun melopong . hoho . aku tak bangga kayy . serius aku tak rasa bangga . even sebesar lubang jarum pun . huhh !!

       dan, macam biasa . aku takkan cari mama . hmm . even sebenarnya rasa macam nak mama peluk aku rapat-rapat time down macam ni :'( tapi, aku takkan cari mama . memang dari kecik, aku dah terbiasa macam ni kot . aku nak mama tengok aku happy selalu . tak pernah sedih . tak pernah down . aku nak mama tau yang aku ni kuat gila sebenarnya . haha . hal dalam hati, biar mereka-mereka yang tertentu saja yang tau pun cukup la ~

mama . orang mintak maaf =/ result UPS kali ni sumpah tak membahagiakan langsung . dan orang tak sengaja . sincerely - hani

Wednesday, February 20, 2013

BFF

Assalamualaikum...


status : done OTP with my boyfiend forever !~!!
okay just kidding . hee :) gurau okay gurau *kenyit mata dua-dua belah* . it's Fauzan lah . bff aku ~

       dia call tadi . haha . walaupun benda ni macam common kan, tapi ... aku rasa macam nak update jugak . let me be lah . kalau ada sesiapa yang rasa macam nak marah, tweet aku okayy . @hanishafii . hahaha . hamekk kau ! aku promote twitter aku pulak kat sini . okay back to the topic

       budak Fauzan ni, kami tak kerap texting pun . serius . even macam tu, kami tetap rapat . dan aku lagi senang cerita semua benda kat dia daripada aku cerita kat orang yang texted dengan aku 24/7 . pelik? nope la . macam ni la kami rapat . dia bukan makhluk yang jenis berkira sen . dan, aku rasa ramai kawan-kawan dia tahu pasal tu la . yang aku musykil sekarang ni, apehal la yang aku tak dapat lagi birthday presents dari dia pun ntah *garu kepala*

       knowing him, dia ni memang sangat choosy dan cerewet . muahahaha . sesungguhnya ! tapi, definition choosy untuk dia ni bukanla macam yang ada dalam fikiran u'olls sekarang ni . choosy si Fauzan ni, positive side punya . dia ni memilih jugak nak berkawan . haha . aku tengah puji ni sengett oii . macam ni ... dia buat kawan ja dengan semua orang . tapi, dia takkan rapat dengan semua orang . yang bawak aura negative tu, dia tahu lah nak handle . ni la maksud aku

       definition for cerewet tu pulak, hee :) memang refer to basic definition lah . cerewet teruk mamat ni . lepak dengan dia, rasa macam aku lelaki, dia perempuan . hahahahahahaha . macam bongek ja dia ni . susah nak describe cerewet dia macamana, tapi memang tahu sendiri lah kalau lepak dengan dia . fullstop okay

       pernah sekali tau, awek dia cakap kat aku yang dia jealous aku rapat dengan fauzan . okay . aku tersedar . tipulah kalau tak rasa apa-apa kan sebab aku ni perempuan, fauzan tu lelaki . memang patut risau . so, those thing memang buat aku blank sebab dua-dua orang rapat dengan aku . its kinda dilemma lah . aku pun try la tak nak rapat dengan fauzan . tapi, tak boleh pun . emm ... it just happen . naturally . betul la cakap fauzan, kami boleh stay rapat macamni sebab dari awal-awal lagi dah set our mind yang kami takkan lebih dari kawan . so, kepada AWEKS Fauzan --> jangan risau pun la ^_^

"I wish semua orang dalam dunia ni berfikir ikut cara hani dan fauzan berfikir . hee :) "
        dan sometimes, bila aku rasa down tahap kerak bumi, memang la aku takan cerita kat sesiapa . just baca quran . renung lama-lama kat satu muka surat tu . nangis sorang-sorang . memang terapi paling indah dah dalam hidup aku macam tu la . tapi, tak semua benda kita boleh keep sorang-sorang sebenarnya . ada yang perlu kita luah . so that, kita takkan merana bergurindam jiwa sorang-sorang . acewah ! boleh blah la dengan aku punya ayat . hahaha

p/s :
Kawan-kawan ni, ada banyak spesies jugak ... yang aku pernah jumpa lah
   - ada yang cari kita time dia susah or ada masalah ja . time takda sesiapa yang nak ada sebelah dia, baru nak teringat kita
   - ada yang kawan dengan kita untuk ambil kesempatan okay
   - ada jugak sebab desperate
   - dan tak ketinggalan jugak yang kawan dengan kita sebab terpaksa . okay . memang hipokrit la
   - termasuk la yang rapat dengan kira sebab nak jadikan kita bahan uji kaji
 (okay ... yang ni shitz)

tapi, alhamdulillah sebab aku ada jugak kawan-kawan yang macam angel ni . hehe
   - spesies yang boleh bergelak berduka bersengsara bersama tak kira masa
   - dan yang sanggup bantu kita no matter what :')

done memuji . babaii :)

Sunday, January 27, 2013

UPS ( Sem II )

Assalamualaikum...

sorry ah . aku memang suka show off .
hee . harini, kita reveal gaya hidup sebenar budak matrik yang lagi dua hari nak exam :D 
*err ... aku sorang ja yang hidup ceni rasanya* 

sebenarnya, tengah study bio tadi . pastu, buat soalan past ups sikit . pastu, guling-guling atas katil dengan #TingTing . lepastu, pergi ambil camera atas meja . pastu, everythings that i and tingting planned turned into
self-cam + playing around = sleeping together :D

disebabkan keadaan meja aku yang sangat lah semak, aku berpindah ke atas katil . study sambil meniarap . sambil kacau tingting .
dan, terus melelapkan mata -_-' 
dan bila aku nak study, amatlah penting untuk Inche Duck ni menemani aku . 
sebab, mama yang bagi benda ni . so, bila sentiasa bersama tu, rasa la macam aura mama berdekatan .
lalu membuatkan aku akan tekun study . hee :') 
*rindu mama*


Inche Duck \(^o^)/
#cerr tekan sini. banyak lagi gambar. and sini ;p hee

show off lagi =,="
hewhew . lastly, benda ni la akan terhasil bila tengah dok sedap-sedap study, tiba-tiba bosan . mula la aku nak capai sketch book aku yang burok tu . kbaii *angkat peace lambai-lambai*

panda gemokk

Wednesday, January 02, 2013

Surgery

Assalamualaikum ...
Dr. in the house ~ *haha . bajet hotsetap sat* 
hari ni ada amali bio. tadi la . pukul 2 sampai 4 . and guess what . aku dengan Wana dah mengorbankan seekor tikus janda yang dah monopause !! *okayy . tipu* . sebenarnya, tak pasti la dia dah monopause or what tapi nampak macam dah tua lah . uterus dia pun macam dah ....... err ... ha . dia betina tau . tapi aku tak jumpa ovary dia . maybe aku yang tak tengok betul-II kot 
#shienshien sila jeles !

kelasmate aku dok bising cakap aku pembunuh upahan . wowwowww o.0 haha . bongekk la . sebab aku brutal sikit ja pun . haa . wana kan kesian kat tikus tu sebab dia kata tikus tu comel . so, tak sanggup la nak bedah . aku pulak spesies yang takut sikit haiwan berbulu . memang match la kami . lepas wana dah amik tikus tu, siap tangkap-II gambar lagi, dia pun letak atas tray . and, the rest, memang aku la yang bertanggungjawab atas segala tragedi . hahaha . kesian tu memang la kesian tapi dah madam cakap kita niat nak belajar . so, aku pun belasah lah


large & small intestine, uterus, kidney, and bla bla bla

memang habis la segala organ dia aku letak kat luar . serius cakap, aku berminat betul . uterus tikus memang panjang dan fleksibel okayy . sebab tu lah sekali dia pregnant sampai sebelas ekor pun boleh . ovary dia pulak kecik je . so, sape yang cakap nampak ovum dengan mata kasar tu, memang penipu tahap laut china selatan laa . ekekeke . dan dia punya kidney, serius comel wa cakap lu . memang besar kacang hijau je . liver dia lah yang macam besar sikit pun . macam berlapis-lapis ala kek lapis tu *slllurrrppp* tapi kan, the most yang nak geli sikit pun, dia punya large intestine la . padat weh . memang arwah penghidap sembelit yang teruk mungkin . hewhew . saat paling mengetarkan jiwa tu, time nak potong jantung dia . berdegup dup-dap-dup-dap lagi tau . tapi, aku kan ada perasaan ingin tahu yang sangat tinggi, so, gasak la . aku nak tengok jugak luar dalam dia macamana . bukan selalu kan

tamat lah riwayat hidup dia sebagai pendidik kepada students matrik :')

akhir kata, macam cakap banyak dah rasanya . okbaii ~

maafkan saya cik tikus :') 

p/s : nak upload video yang Aida jadik bidan tu tapi tenet nih tak laju . coming soon yaww *_*

Thursday, August 09, 2012

Days

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

5.15 a.m - bangun [alhamdulillah :], mandi, siap semua barang, terus pergi masjid utk solat Subuh, kuliah subuh, al-Ma'thurat, [changes could be good ♥]

7.30 a.m - turun kafe, breakfast, naik bilik

7.55 a.m - pergi kelas, kalau sampai awal / bertolak awal, boleh buat background reading dulu.

4.00 p.m - kelas baru reti nk habis =.=" [kalau habis awal, jejak library dulu] dh pukul 4 ni, straight ke masjid. boleh siapkan tutorial sementara tunggu masuk Asar :) [ingat Hani, kalau balik bilik, memang pengsan x sedar diri dh punya !]

5.15 p.m - baca al-Ma'thurat, pengsan for setengah jam, bangun mandi, basuh baju, bersiap nak turun makan

7.00 p.m - makan malam,  terus pergi masjid, duduk situ sampai habis Isya', baru balik bilik :)

9.15 p.m - back to bilik, terus terkam kerja-II yang x sudah

12.00 a.m - bersihkan diri, buat solat sunat taubat, hajat, witir [wajib setiap malam tau Hani !] then, have a nice sleep :)

Sunday, June 10, 2012

MPPB

Bismillahirrahmanirrahim..

       First of all, MPPB ni stands for Minggu Pengurusan Pelajar Baru which consider orentasi weeks for Matriks students lah. So here we go, aku share dengan korang apa yang aku dapat okay. Have fun reading. Moga aku dapat la sikit pahala dari aku share ni kan hehe thanks! Ingat tau, yang baik tu datang dari Allah, and yang salah tak lengkap tak kena tu haa semua dari aku.

  • sun - 27.5.12
Kuliah Maghrib
.. kita rasa terpikat dgn seseorang, kita berkawan & kita rasa suka, lalu kita letakkan dia dalam diri/hati kita . maka . . . itulah Muqadimah Zina !!


  • mon - 28.5.12
Kuliah Subuh
.. lepas habis baca al-fatihah dlm solat, amiin tu tak payah la panjang-2 . "a" tu baca 2 harakat suda cukup . nanti dah jadik lain maknanya tau

.. sembahyang yang khusyuk tu ialah sembahyang berjemaah =)

.. tengok babi dengan tengok ratu cantik, baik lagi tgk babi . yang haram d'makan & d'sentuh . tp, bukan d'tengok . kalau tengok aurat perempuan or even "tengok" perempuan pun, dah tempah nama jadik ahli neraka tau !!

Kuliah Maghrib
.. orang yang tak tunaikan solat fardhu tu, dah jatuh kafir tu !

.. belajar tu ibadah tp kalau dah niat macam lain, buat pun macam lain, kira hampeh jugak tuu

.. sebagai students, masa tu kena d'uruskan dengan baik . masa solat tu paling penting . kalau study menggilak sampai burn solat tu, ha ! memang laa . . .

.. quran tu, baca selalu :)


  • tue - 29.5.12
Kuliah Subuh
.. tak kira baby boy or girl, kena azan jugak kat telinga kanan & iqamah kat telinga kiri baby tu . kalau ikutkan sesetengah fahaman, ada yang percaya baby boyang kena azan . baby girl kena iqamah . SALAH tu !

.. baca jugak "innaanzalna" . nak elakkan anak tu tejerumus ke arah zina

Kuliah Maghrib
.. kalau nak solat sensorang dalam masjid, amik latempat dekat sebelah kanan masjid & duduk depan . so, kita takkan membuatkan orang lain mendapat dosa secara percuma . dosa besar tau langkah / lalu depan orang y tengah sembahyang

.. bila wirid berjemaah kat dalam masjid, jangan kuat sangat tp biar la terdengar bisikan tu . supaya kita tak ganggu orang lain nak solat


  • wed - 30.5.12
Kuliah Subuh
.. even si polan  tu Islam, kalau dia mati tp tak pegang "Lailahaillallah" d'mulut & d'hati, tak cium bau syurga lah si polan tersebut . orang yang bila dia mati, "Lailahaillallah" dia pegang d'hati, walaupun dia masuk neraka, dia akan tetap bau syurga :) ramai yang salah konsep tentang ni sebelum ni tau

.. "mathurat" tu sistem pertahanan untuk badan kita tau

.. bila kita nak tidur malam, syaitan akan ikat 3 simpulan kalau kita tak baca 3 Qul . kalau nak rungkaikan ikatan tu, bangun tidur esok tu baca doa bangun tidur . mengucap . then, berwudhuk lah dengan sempurna .
lalu, tunaikan lah solat subuh . maka, terungkai lah segala simpulan syaitan yang direjam tersebut !

Kuliah Maghrib
..  tak payah la nak minat "kpop" lebih-2 sangat . ingat sama janji kita . " Sesungguhnya hidupku, matiku hanyalah kerana Allah semesta alam " !! maka . . . ? ? ? <-- awww ! series cakap . aku terasa sampai ke narrow bone tau yang ni  =,=" astaghfirullahalazim . . . 


  • thus - 31.5.12
Kuliah Subuh
.. lelaki yang beriman akan rasa jijik nak tengok aurat perempuan

.. bila nak solat berjemaah, boys kena pastikan seluar or kain yang korang pakai tak lebih dari buku lali . nabi larang tau !! pakai baju pun yang plain suda lah . ingat sama untuk silent kan fon awak tu

.. salam .. orang yang tengah bersalaman sambil bercakap dengan orang lain = orang majussi .. orang yang bersalaman tp tak tengok muka = orang munafik .. orang yang tengah bersalam lalu cepat-2 menarik tangannya = orang yahudi

.. so, bersalamlah sambil memandang muka & tangan orang yang disalam itu . insyaallah . gugurlah dosa-2 kecil kedua-dua orang yang bersalaman itu



maka, dengan ini renung-2kan lah . aku cuma mencatit apa yang keluar dari mulut ustaz pada seminggu yang lalu . harap berguna lah kepada korang :) setiap manusia melakukan kesilapan dan mereka juga tetap diberi peluang untuk bertaubat . jadi, jangan sia-siakan ! go ! go ! chaiyokk \(^.^)/ 

Sunday, May 27, 2012

Changlun for a year

 The beginning of everything.

Starting my first ever blog post with an announcement that I've got myself into 

Kedah Matriculation College!


Can you believe that??

Me too; can't! Hahahahhah!


I'm supposed to be here for a year, if I'm not extending my program lah hahaha!

Anyway, just pray for me and wish me well lah. Adios!