Tuesday, March 19, 2013

Migrain

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

p/s : Based on my opinion, observation, and experience .

       Migrain atau migraine adalah membawa makna yang sama di mana ianya seperti sakit kepala skala biasa, darab dengan sepuluh kuasa tiga, tambah dengan loya dan tambah lagi dengan rasa ala-ala kepala kena gelek dek steamroller, kayu balak, dan yang sewaktu dengannya . Kadang² rasa macam kepala kena tikam dengan pisau rambo pun ada . Tak kurang jugak rasa sakit macam polar bear termakan cili boh (pinjam perumpamaan dari benua artik) . Yang pasti, migrain ni adalah penyakit di mana kita tak perlu menghantar kad jemputan untuk menjemputnya kerana ianya memang gemar memberi kejutan pada bila-bila masa . Terutama pada waktu-waktu kritikal seperti ketika sedang menyiapkan esei biologi bertajuk Formation of Urine yang bernilai 12 markah dan Role of Hormone yang bernilai 8 markah . Maigadd !

       Bahayanya migrain ni, kadang² ia boleh buat diri sendiri hilang kawalan, hilang pertimbangan dan hilang tumpuan . Orang sekeliling yang tak berdosa pula sangat berpotensi untuk menjadi mangsa keadaan . Contohnya macam kat matrik . Bila kita on mode study ni, kerap la migrain pun turun melawat . Tengah exam UPS paper Math pun boleh . Time tengah jawab paper Chemistry past-semester pun boleh . Anytime pun boleh lah kiranya . Dan time tu, hanya selawat Syifa' sebagai pain-killer . Dan coldpack untuk meredakan, sikit . Pernah sekali sampai terpaksa pergi klinik sebab nak bangun solat pun tak mampu . Pathetic kan? Huh  . Doktor bagi ubat macam coklat Nips . Colourful . Dah macam pesakit brain tumor pun ada gayanya .

       #np welcome to the black parade - My Chemical Romance

       Bila balik bilik, memang kira nak mensyahidkan diri je rasa . Memang nak tidur taknak bangun langsung sebab aku bukan hamba ubat . Memang takkan makan ubat . Pergi klinik pun semata-mata nak dapatkan surat MC *comelkan saya :)* . Bila bilik dah berbau minyak angin semerbak,  Akak dengan Tingting pun memang tersangat memahami lah . Plaster yang bertampal kat atas kening kiri dan kanan pun memang dah boleh buat semua orang faham sebenarnya . Well, action speaks louder than words .

       Dan kalau ada orang call time tu, memang she (or he) just called the wrong person at the wrong time la .  Either dia akan bercakap dengan dinding or dia letak dan call balik esok, dia pilih la . Kalau dia terasa nak tunggu lagi, memang dia akan bercakap dengan Hani yang takda penapis bahasa dah la gayanya . Trust me .

[click]

       Masa semester satu, kuliah chemistry selalu ganti pada malam selasa . Seingat aku la . Dan aku terlupa pasal tu . Lepas solat asar tu, aku tertidur sampai pukul lapan malam . Well, aku memang sleepy head . Dan sebenarnya, aku sakit kepala sebab on that day dengan habis kelas lewat plus makan tak menentu dan belum rehat . Yang lagi stress tu, dah la aku tak solat maghrib lagi . Kuliah pulak start pukul lapan . Maka, aku solat macam orang lari tak cukup tanah dan mandi macam orang tak cukup air . Punya lah semput . Siap² terus jalan straight ke dewan kuliah tak toleh kiri kanan dah . Bila check balik handset, rupanya aku set silent . Oh demm . Alangkah indahnya lah ~ Dan malam tu, habis semua orang kena tempias ribut taufan aku . Luckily aku ada Fatihah dengan Liyana yang tersangat memahami dan sanggup tolong explain balik kat mangsa² aku perihal keadaan sebenar aku . Heh . Kalau tak, memang buat musuh la dengan semua orang malam tu . Tragik sungguh . Epic . Sorry okay kepada yang aku tak sempat nak mintak maaf . A thousand apologise =3


Wednesday, March 06, 2013

Result

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

       Assalamualaikum :') dengan perasaan yang sangat down sekarang ni, aku macam nak bagitau semua orang result aku !!! (cehh. gaya macam 4flat baqq hiang =.=")
 okay . sesungguhnya . aku . rasa . down . hurmmm
       memang lumrah manusia lah kan . time  down baru nak teringat Dia ... malu la dah umur sembilan belas pun dok aplikasikan lagi perangai macam ni . hmm . dan sebenarnya, aku rasa macam aku sangat sangat sangat memerlukan orang yang aku sayang dan orang yang sayang aku . time-time macam sekarang ni . i need a shoulder . a huge one . serius talk =3

       lepas dapat result, aku terus mesej eydaf . bagitau result penuh aku . tapi, dia ada match badminton petang tu . so, memang dia takleh nak comfort kan aku . sokay . aku faham . then, aku mesej odd . boleh pulak dia reply macam ni ... " awk silap tengok result kot?" ... mak aii . tak percaya sungguh dia dengan result aku . Eydaf pun ada bagi soalan macam tu jugak kat aku . hmm . dan sebenarnya, aku pun terkejut tahap nyaris stroke jugak . masyaAllah . aku sendiri pun tak percaya weh . result kali ni memang bukti kukuh that aku terlebih main-main untuk sem ni . memang lidah keras tak terkata lepas tengok result sendiri . teruk sangat !!! macam ambil exam tanpa study . habuk pun taktau =.="

       tu baru respond dari dua orang yang aku sayang . dan petang tu jugak, aku mesej tinsyaz . memang time tu aku down tahap bangang sangat dah . then, dia ajak aku turun usrah . tapi, keadaan tak mengizinkan . mulanya memang dissapointed sangat la sebab tak boleh nak turun . tapi, malam tu, tinsyaz berjaya confort kan sikit hati aku dengan isi-isi usrah petang tu . alhamdulillah :') aku bersyukur sangat sebab aku ada mereka-mereka yang macam ni . #ini pujian :-*

       tapi kan, terus terang ni wa cakap lu . wa takut gila nk jumpa maklong gua =3 homaii ~~ memang perfect two lah kan . maklong sendiri lecturer math . anak sedara pulak gagal dengan cemerlang subjek math . okfineee . maunya kawan-kawan aku tak terkejut dengan result aku yang gagal tahap superb tu . even asyira pun melopong . hoho . aku tak bangga kayy . serius aku tak rasa bangga . even sebesar lubang jarum pun . huhh !!

       dan, macam biasa . aku takkan cari mama . hmm . even sebenarnya rasa macam nak mama peluk aku rapat-rapat time down macam ni :'( tapi, aku takkan cari mama . memang dari kecik, aku dah terbiasa macam ni kot . aku nak mama tengok aku happy selalu . tak pernah sedih . tak pernah down . aku nak mama tau yang aku ni kuat gila sebenarnya . haha . hal dalam hati, biar mereka-mereka yang tertentu saja yang tau pun cukup la ~

mama . orang mintak maaf =/ result UPS kali ni sumpah tak membahagiakan langsung . dan orang tak sengaja . sincerely - hani