Wednesday, January 02, 2013

Surgery

Assalamualaikum ...
Dr. in the house ~ *haha . bajet hotsetap sat* 
hari ni ada amali bio. tadi la . pukul 2 sampai 4 . and guess what . aku dengan Wana dah mengorbankan seekor tikus janda yang dah monopause !! *okayy . tipu* . sebenarnya, tak pasti la dia dah monopause or what tapi nampak macam dah tua lah . uterus dia pun macam dah ....... err ... ha . dia betina tau . tapi aku tak jumpa ovary dia . maybe aku yang tak tengok betul-II kot 
#shienshien sila jeles !

kelasmate aku dok bising cakap aku pembunuh upahan . wowwowww o.0 haha . bongekk la . sebab aku brutal sikit ja pun . haa . wana kan kesian kat tikus tu sebab dia kata tikus tu comel . so, tak sanggup la nak bedah . aku pulak spesies yang takut sikit haiwan berbulu . memang match la kami . lepas wana dah amik tikus tu, siap tangkap-II gambar lagi, dia pun letak atas tray . and, the rest, memang aku la yang bertanggungjawab atas segala tragedi . hahaha . kesian tu memang la kesian tapi dah madam cakap kita niat nak belajar . so, aku pun belasah lah


large & small intestine, uterus, kidney, and bla bla bla

memang habis la segala organ dia aku letak kat luar . serius cakap, aku berminat betul . uterus tikus memang panjang dan fleksibel okayy . sebab tu lah sekali dia pregnant sampai sebelas ekor pun boleh . ovary dia pulak kecik je . so, sape yang cakap nampak ovum dengan mata kasar tu, memang penipu tahap laut china selatan laa . ekekeke . dan dia punya kidney, serius comel wa cakap lu . memang besar kacang hijau je . liver dia lah yang macam besar sikit pun . macam berlapis-lapis ala kek lapis tu *slllurrrppp* tapi kan, the most yang nak geli sikit pun, dia punya large intestine la . padat weh . memang arwah penghidap sembelit yang teruk mungkin . hewhew . saat paling mengetarkan jiwa tu, time nak potong jantung dia . berdegup dup-dap-dup-dap lagi tau . tapi, aku kan ada perasaan ingin tahu yang sangat tinggi, so, gasak la . aku nak tengok jugak luar dalam dia macamana . bukan selalu kan

tamat lah riwayat hidup dia sebagai pendidik kepada students matrik :')

akhir kata, macam cakap banyak dah rasanya . okbaii ~

maafkan saya cik tikus :') 

p/s : nak upload video yang Aida jadik bidan tu tapi tenet nih tak laju . coming soon yaww *_*