Tuesday, March 19, 2013

Migrain

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

p/s : Based on my opinion, observation, and experience .

       Migrain atau migraine adalah membawa makna yang sama di mana ianya seperti sakit kepala skala biasa, darab dengan sepuluh kuasa tiga, tambah dengan loya dan tambah lagi dengan rasa ala-ala kepala kena gelek dek steamroller, kayu balak, dan yang sewaktu dengannya . Kadang² rasa macam kepala kena tikam dengan pisau rambo pun ada . Tak kurang jugak rasa sakit macam polar bear termakan cili boh (pinjam perumpamaan dari benua artik) . Yang pasti, migrain ni adalah penyakit di mana kita tak perlu menghantar kad jemputan untuk menjemputnya kerana ianya memang gemar memberi kejutan pada bila-bila masa . Terutama pada waktu-waktu kritikal seperti ketika sedang menyiapkan esei biologi bertajuk Formation of Urine yang bernilai 12 markah dan Role of Hormone yang bernilai 8 markah . Maigadd !

       Bahayanya migrain ni, kadang² ia boleh buat diri sendiri hilang kawalan, hilang pertimbangan dan hilang tumpuan . Orang sekeliling yang tak berdosa pula sangat berpotensi untuk menjadi mangsa keadaan . Contohnya macam kat matrik . Bila kita on mode study ni, kerap la migrain pun turun melawat . Tengah exam UPS paper Math pun boleh . Time tengah jawab paper Chemistry past-semester pun boleh . Anytime pun boleh lah kiranya . Dan time tu, hanya selawat Syifa' sebagai pain-killer . Dan coldpack untuk meredakan, sikit . Pernah sekali sampai terpaksa pergi klinik sebab nak bangun solat pun tak mampu . Pathetic kan? Huh  . Doktor bagi ubat macam coklat Nips . Colourful . Dah macam pesakit brain tumor pun ada gayanya .

       #np welcome to the black parade - My Chemical Romance

       Bila balik bilik, memang kira nak mensyahidkan diri je rasa . Memang nak tidur taknak bangun langsung sebab aku bukan hamba ubat . Memang takkan makan ubat . Pergi klinik pun semata-mata nak dapatkan surat MC *comelkan saya :)* . Bila bilik dah berbau minyak angin semerbak,  Akak dengan Tingting pun memang tersangat memahami lah . Plaster yang bertampal kat atas kening kiri dan kanan pun memang dah boleh buat semua orang faham sebenarnya . Well, action speaks louder than words .

       Dan kalau ada orang call time tu, memang she (or he) just called the wrong person at the wrong time la .  Either dia akan bercakap dengan dinding or dia letak dan call balik esok, dia pilih la . Kalau dia terasa nak tunggu lagi, memang dia akan bercakap dengan Hani yang takda penapis bahasa dah la gayanya . Trust me .

[click]

       Masa semester satu, kuliah chemistry selalu ganti pada malam selasa . Seingat aku la . Dan aku terlupa pasal tu . Lepas solat asar tu, aku tertidur sampai pukul lapan malam . Well, aku memang sleepy head . Dan sebenarnya, aku sakit kepala sebab on that day dengan habis kelas lewat plus makan tak menentu dan belum rehat . Yang lagi stress tu, dah la aku tak solat maghrib lagi . Kuliah pulak start pukul lapan . Maka, aku solat macam orang lari tak cukup tanah dan mandi macam orang tak cukup air . Punya lah semput . Siap² terus jalan straight ke dewan kuliah tak toleh kiri kanan dah . Bila check balik handset, rupanya aku set silent . Oh demm . Alangkah indahnya lah ~ Dan malam tu, habis semua orang kena tempias ribut taufan aku . Luckily aku ada Fatihah dengan Liyana yang tersangat memahami dan sanggup tolong explain balik kat mangsa² aku perihal keadaan sebenar aku . Heh . Kalau tak, memang buat musuh la dengan semua orang malam tu . Tragik sungguh . Epic . Sorry okay kepada yang aku tak sempat nak mintak maaf . A thousand apologise =3