Thursday, June 06, 2013

Alhamdulillah

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم 

[click]

Anonymus : Hani. Pointer berapa?

Hani : Dah sibuk² tanya ni kenapa? Tampar nak?

       Demikianlah kiranya dikhabarkan bahawasanya result telah pun diumumkan (sebenarnya perlu disemak sendiri) atau boleh disemak pada pukul 12 tengah hari tadi . Pada mulanya,ura-ura ada mengatakan result akan keluar pada 5 Jun 2013 . Kemudian, ditunda pula ke hari esoknya iaitu 6 Jun 2013 (ok. tak hot lagi) . Tetapi, waktu yang tepat untuk result tersebut boleh disemak dipropagandakan pula oleh segelintir pihak . Ada yang mengatakan, ianya keluar pada jam 10 pagi . Kemudian, ada pula yang mengatakan bahawa sebenarnya ia boleh disemak pada jam 12 tengah hari . Dan untuk menambah suspen kepada kanak-kanak matrik ini, dikhabarkan pula bahawa result akan keluar pada jam 4 petang. OK! Defish la semua ni . Enough with bahasa-melayu-kedah-tua things .

*np it's not my time - 3 Door Down

       Dan paragraph kedua ni, aku nak cerita pasal penyesalan . Bukan aku okay . Budak Wajdi ni . The lil' kiddo yang lambat lagi nak membesar . Tapi sebenarnya, dia matang je ikut certain keadaan (coih. mesti bangga tu) . Haa . Boleh pulak dok menyesal tak kena gaya dan ketika . Boleh la kan dok cakap, "Masuk PDT pun takpa dulu" . Huh. Hello dude . Kalau hang masuk pdt, memang nama Nurul Hani tak wujud la dalam diary-pink-kiut-miut hang tu okay (diary? wajdi ada diary ke? hihi) . Alhamdulillah la . Sebab Allah is the best planner :) Kalau tak, mesti hang takkan pernah merasa putus cinta tau . Err ... K . Maaf

       Result tu ... well ... err ... lagu mana nak cakap pun taktau eh . Hmm . Banyak tu yang kita usaha . Banyak tu lah yang kita dapat . CONTOHNYA kalau dapat result rendah . Ada la Allah dah planned sesuatu tu . Husnuzon . Masa depan bukan bergantung pada pointer . Memang la susah nak gapai impian since kita darjah satu tu kan, tapi mana tau kut² sebenarnya memang bukan rezeki kita untuk kerjaya tu . Haa . Sebab tu la aku cakap husnuzon .

       Ok . Bajet-gud-gud pulak kan dok nasihat bagi semangat bagai kat orang kan . Hakikatnya, cabai melaka lagi pedas dari lada benggala *ok. takda kaitan* . Bukan la nak kata aku dapat 3.99 kan, tak la sampai camtu . Tapi takkan bila kita down kita nak angkut satu batalion kawan² down bersama-sama? Bukan aku la nak buat perangai camtu . Aku kan terer tender hati orang . Heh . Tu Wajdi punya kata-kata . Kebenarannya setakat ni aku taktau la nak kata . Tapi, rasanya manusia cold-hearted macam aku ni, berkesan kalau tender manusia soft-hearted macam dia tu ja . Haha

       Akhir kata, sampaikan salam saya kepada atuk Osman dan nenek di Brunei sana yaa . Semoga sihat² selalu . Dan kepada Wajdi, dunia belum berakhir . Hee, bubye [^^,]