Wednesday, June 05, 2013

Proposal

*dalam keadaan palpitasi mengenangkan result PSPM-II yang akan keluar esok, tiba-tiba malam ni terasa nak imagine satu scene propose gaya paling tak romantik :)

~ Ketika sedang berjalan dari kafe ke tempat letak kereta.

Dian : Kenapa saya nampak awak selalu pulang lewat malam?

Iman : Saya nak jugak pulang ke rumah awal setiap hari tetapi saya nak ada orang yang menunggu saya di rumah.

Dian : Siapa yang awak maksudkan?

Iman : Seorang isteri.

Dian : Pergi lah kahwin!

Iman : Kalau awak setuju ...

~ Bunyi hon kereta yang bersahutan dari jalan raya yang mulai sibuk, manusia berkejaran ke tempat kerja, dan ada budak-budak sekolah berjalan kaki  menyeberangi jalan.

~ Tidak jauh dari tempat letak kereta itu, ada sebuah kereta yang rosak enjin dan pemandunya mundar- mandir menelefon mencari bantuan. Di seberang jalan pula, ada pejalan kaki yang nyaris jatuh ke dalam longkang. Dan Iman melamar Dian?!

Dian : Tak romantik langsung lah awak ni!! Ugh

The End

p/s : Pendek je kan? Haha. Memang la. Kalau dah panjang berjela, baik aku buat novel je terus. Dan kenapa aku letak nama Dian? Sebab dah aku rasa nama Dian tu paling manis atas bumi ni. Hiks. Iman tu hanya rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup di alam nyata mahupun yang sudah berada di alam barzakh. Nak jugak letak nama Izzue Islam tapi sebenarnya aku bukan isteri dia. Dia pun dah kahwin. 

      Ok. Kepada yang tidak faham jugak lagi cerita ni, aku harap banyakkan bersabar lah ye. Mungkin neuron hang lambat bertindak. Doakan aku untuk esok okay. Tiup la bagi lapang sikit hati ni. Result final exam kot yang aku dok tunggu ni. Bukan macam ujian bulan April kat sekolah tu tau. Kbaii. Assalamualaikum

Tuesday, May 21, 2013

Will You Hate Me? (The Truth That Lies Inside)


You smile in the two way mirror of my eyes.
I put on my faith like I wear a disguise.
You can’t see my soul, see the life that I live.
But I show you the mask of the best I can give.
I’ve hid here, afraid, like a child behind,
the truth of the thoughts that clutter my mind.
What if you knew, about all that I do?
The things that I think…. the 'me' that is true?
c/o :
Would you call me a hypocrite? Call me a liar?
Would you curse out my name?
Would you damn me to fire?
Would you know what to say?
Would you just walk away, afraid the 'me' I’ve tried to hide,
would too closely resemble the truth of you that lies inside?
I’ve been looking for answers since becoming adult,
not looking for dogma to live like a cult.
Been looking to live, been living to find,
freedom from cages that limit my mind.
Repeat c/o : 
I’ve been running and hiking and dreaming of flying,
but falling and stumbling never shadowed my trying.
So now here I am before God and you,
showing my face and my true self to you.
I’m not scared of God, I trust God understands,
but I‘m wondering if you will still offer your hands.
Will I scare you? Upset you? Frustrate you? Irate you?
Challenge your lifestyle or weaken your trust?
Or will you see my effort? My passion? Sincerity?
Will you see just a little of yourself in me?
Will you take off your mask so we can be free?
Repeat c/o :

by : Dawud Wharnsby Ali

Now, this is Han talking :)

     Faham tak yang setiap orang mesti ada jerangkung in their closet (tahu tak jerangkung tu apa? tak tahu? ok. sila google. terima kasih). Macam aku. Macam dia. Macam pakcik guard tu. Macam sesiapa je lah. Dan tak semua orang berhati konkrit berani nak ceritakan perkara yang dia hide tu kat semua orang. 

     Husnuzon la. Mungkin kalau dia cerita perkara sebenar, kawan-kawan dia akan menjauhkan diri. Siapa tahu kan. Dan mungkin sebenarnya, orang takkan dapat terima diri kita yang kita sorokkan tu. Orang yang terlibat je tahu perasaan sebenar. Kadang-kadang ada orang yang happy tapi sebenarnya dia tampal fake smile je kat muka dia. Takkan semua perkara nak bagitau satu dunia kan. Tak perlu.

     So, hormat lah sikit privasi orang dan jangan sesuka hati je nak paksa-paksa dia cerita benda yang dia takkan cerita. Ada masa dan ketika yang tepat nanti, dia akan cerita juga. InsyaAllah. Tapi, kat orang yang dia betul-betul percaya lah. Jadi, mind your own business dan cuba la jadi kawan yang memahami. Okbai

p/s : HB to my dearest Abg Chik :* may Allah bless you

Tuesday, March 19, 2013

Migrain

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

p/s : Based on my opinion, observation, and experience .

       Migrain atau migraine adalah membawa makna yang sama di mana ianya seperti sakit kepala skala biasa, darab dengan sepuluh kuasa tiga, tambah dengan loya dan tambah lagi dengan rasa ala-ala kepala kena gelek dek steamroller, kayu balak, dan yang sewaktu dengannya . Kadang² rasa macam kepala kena tikam dengan pisau rambo pun ada . Tak kurang jugak rasa sakit macam polar bear termakan cili boh (pinjam perumpamaan dari benua artik) . Yang pasti, migrain ni adalah penyakit di mana kita tak perlu menghantar kad jemputan untuk menjemputnya kerana ianya memang gemar memberi kejutan pada bila-bila masa . Terutama pada waktu-waktu kritikal seperti ketika sedang menyiapkan esei biologi bertajuk Formation of Urine yang bernilai 12 markah dan Role of Hormone yang bernilai 8 markah . Maigadd !

       Bahayanya migrain ni, kadang² ia boleh buat diri sendiri hilang kawalan, hilang pertimbangan dan hilang tumpuan . Orang sekeliling yang tak berdosa pula sangat berpotensi untuk menjadi mangsa keadaan . Contohnya macam kat matrik . Bila kita on mode study ni, kerap la migrain pun turun melawat . Tengah exam UPS paper Math pun boleh . Time tengah jawab paper Chemistry past-semester pun boleh . Anytime pun boleh lah kiranya . Dan time tu, hanya selawat Syifa' sebagai pain-killer . Dan coldpack untuk meredakan, sikit . Pernah sekali sampai terpaksa pergi klinik sebab nak bangun solat pun tak mampu . Pathetic kan? Huh  . Doktor bagi ubat macam coklat Nips . Colourful . Dah macam pesakit brain tumor pun ada gayanya .

       #np welcome to the black parade - My Chemical Romance

       Bila balik bilik, memang kira nak mensyahidkan diri je rasa . Memang nak tidur taknak bangun langsung sebab aku bukan hamba ubat . Memang takkan makan ubat . Pergi klinik pun semata-mata nak dapatkan surat MC *comelkan saya :)* . Bila bilik dah berbau minyak angin semerbak,  Akak dengan Tingting pun memang tersangat memahami lah . Plaster yang bertampal kat atas kening kiri dan kanan pun memang dah boleh buat semua orang faham sebenarnya . Well, action speaks louder than words .

       Dan kalau ada orang call time tu, memang she (or he) just called the wrong person at the wrong time la .  Either dia akan bercakap dengan dinding or dia letak dan call balik esok, dia pilih la . Kalau dia terasa nak tunggu lagi, memang dia akan bercakap dengan Hani yang takda penapis bahasa dah la gayanya . Trust me .

[click]

       Masa semester satu, kuliah chemistry selalu ganti pada malam selasa . Seingat aku la . Dan aku terlupa pasal tu . Lepas solat asar tu, aku tertidur sampai pukul lapan malam . Well, aku memang sleepy head . Dan sebenarnya, aku sakit kepala sebab on that day dengan habis kelas lewat plus makan tak menentu dan belum rehat . Yang lagi stress tu, dah la aku tak solat maghrib lagi . Kuliah pulak start pukul lapan . Maka, aku solat macam orang lari tak cukup tanah dan mandi macam orang tak cukup air . Punya lah semput . Siap² terus jalan straight ke dewan kuliah tak toleh kiri kanan dah . Bila check balik handset, rupanya aku set silent . Oh demm . Alangkah indahnya lah ~ Dan malam tu, habis semua orang kena tempias ribut taufan aku . Luckily aku ada Fatihah dengan Liyana yang tersangat memahami dan sanggup tolong explain balik kat mangsa² aku perihal keadaan sebenar aku . Heh . Kalau tak, memang buat musuh la dengan semua orang malam tu . Tragik sungguh . Epic . Sorry okay kepada yang aku tak sempat nak mintak maaf . A thousand apologise =3