Monday, March 03, 2014

Rindu

Dah lama tak merapu.
Dan gua rindu nak macam tu.
Sebab jiwa tengah galau.
Dan hati tengah kacau.

       Parah bila umur menjejak dua puluh dan diri sendiri mula nak homesick tahap melampau. Fuhh. Homesick ni antara tujuh perkara dalam dunia yang boleh buat gua menangis tahu.

       Tapi sekarang ni gua bukan setakat rindu hometown je, gua rindu adik gua tu. Gua rindu life gua zaman nakal jahiliah dulu, gua rindu kawan-kawan gua yang aci redah tahap gila-gila tu, gua rindu kena denda kena marah kena sekat outing macam kat asrama tu, gua rindu saat semua lari lintang pukang selamatkan phone masing-masing bila tetiba warden naik buat spotcheck, gua rindu saat fly sorang-sorang dan kena caught in action dengan budak baru time jalan kaki nak balik asrama tu, gua rindu junior-junior yang asal weekend je terus tanya gua "Ada plan baik tak?", gua rindu semua tu.

       Rindu ni sekali dia datang, terus hang rasa macam nak terbang. Macam gua rasa sekarang. Fehh. High semacam pulak.