Monday, February 24, 2014

Meja.

Assalamualaikum.

*peluk bantal*

Gua tengah gundah gulana ni. Serius. Tapi gua tak rasa nak cerita kat sesiapa. Sebab gua tak suka.


       Gua bukan tak suka berkongsi. Bukan. Gua tak kisah pun untuk berkongsi sebenarnya. Gua suka je bila sahabat-sahabat cari gua untuk kongsi masalah diorang. Gua tak rasa terbeban pun. Gua boleh je kalau nak berkongsi makanan berkongsi duit berkongsi rasa gembira sedih marah high segala bagai tu dengan sesiapa pun tapi bila masuk part hal dan masalah gua, cukuplah dengan tahu gua tengah gundah dan respek sikit dengan tak menyibuk dan memaksa gua untuk cerita. Mungkin kasar, tapi ini hakikat. Kan gua dah cakap seorang Hani ni ada banyak lagi side dia untuk difahami.

     Ye gua ada masalah. Puas hati?

     Gua suka bercakap guna hati, marah guna hati, dan lastly simpan balik semua dalam hati. Jangan risau ke gua okay, awok? Teruk-teruk pun la kan, gua akan kemas bilik je. Eh tak. Tu bila gua marah. Bila gua tengah ada masalah macam tengah-tengah malam gini, gua pergi mandi. Tak pun gua makan megi. Tak pun gua layankan je ikan gua berenang renang dalam balang ni. Main aci kejar sampai gua mengantuk. Seorang gua ni kalau boleh tidur bila ada masalah, cukup heaven sebenarnya. Sebab bila bangun nanti kalau tak lupa jugak masalah tu, gua migrain je. Hok aloh, watlek watpis watkul plis. Gua berpengalaman hendel migrain ni almost six years kut. So, takde hal la setakat hentak kepala kat meja kat dinding kat wardrobe bagai tu. Takde mende. Okay? Goodnight.